Isu ‘kutty’: Mahathir saman Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR – Tun Dr. Mahathir Mohamad mengemukakan saman fitnah terhadap Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi kerana mengeluarkan kenyataan palsu yang mempersoal keturunan dan perjuangan politik beliau ketika Mesyuarat UMNO Bahagian Kelana Jaya pada 2017

Writ saman itu difailkan di Pejabat Pendaftaran Mahkamah Tinggi di sini pada 20 Julai lalu melalui Tetuan Haidir & Co. dengan menamakan Ahmad Zahid sebagai defendan tunggal.

Dalam pernyataan tuntutannya, Dr. Mahathir, 97, selaku plaintif mendakwa Presiden UMNO itu antara lain mempertikai asal usulnya yang dikatakan bukan berketurunan Melayu ekoran perkataan ‘kutty’ didakwa tertera pada kad pengenalan berwarna biru yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Menurut Ahli Parlimen Langkawi itu, rakaman video mesyuarat tersebut yang berlangsung pada 30 Julai 2017 kemudian diterbitkan semula dalam akaun YouTube Astro AWANI dan mencatat 148,199 tontonan.

Pernyataan tuntutan itu antara lain menyatakan Ahmad Zahid (defendan) seperti dalam rakaman video berdurasi hampir tiga minit turut memfitnah beliau dengan menyentuh perjuangan politiknya ketika dalam UMNO.

Menurut Dr. Mahathir, rakaman video itu turut disiarkan menerusi platform lain termasuk portal-portal berita iaitu Free Malaysia Today (FMT), Malay Mail, Malaysiakini dan Malaysia Today.

Plaintif menyatakan defendan berniat jahat ketika mengeluarkan kenyataan fitnah sehingga mendedahkan beliau kepada kebencian masyarakat dan menyebabkan kedudukannya sebagai seorang negarawan dan tokoh politik berpengaruh dipandang serong.

Plaintif turut memplidkan bahawa kenyataan-kenyataan fitnah itu telah merosakkan nama baik, maruah, reputasi dan integriti beliau selain bertujuan melemahkan pengaruh politiknya secara berterusan.

Menurut Dr. Mahathir, kenyataan fitnah itu juga turut membawa maksud plaintif menggunakan orang Melayu semasa berjawatan Perdana Menteri untuk mendapatkan keuntungan politik dan peribadinya serta memperkecilkan rakyat Malaysia berketurunan India Muslim.

Plaintif juga berasa malu dan terhina dengan keturunan nenek moyangnya yang mempunyai darah India.

Pernyataan tuntutan itu turut menyertakan alasan munasabah berhubung kelewatan plaintif mengambil tindakan segera kerana beliau terlebih dahulu telah bertindak mencabar kenyataan defendan dalam beberapa peristiwa sebelum menyamannya.

Menurut Dr. Mahathir, antara langkah-langkah itu termasuk mengeluarkan kenyataan akhbar seperti yang disiarkan dalam video di akaun YouTube KiniTV pada 31 Julai 2017.

Defendan-defendan tidak mengambil sebarang tindakan atau langkah munasabah bagi mengesahkan kenyataan tersebut atau menghalang penerbitan semula walaupun menyedari kenyataan itu mendapat perhatian pembaca.

Sehubungan itu, Dr. Mahathir menuntut ganti rugi am, ganti rugi teladan dan ganti rugi keterlaluan yang akan ditaksir oleh mahkamah.

Plaintif juga menuntut satu perintah supaya defendan menerbitkan permohonan maaf tanpa syarat secara lisan dan bertulis berhubung kenyataan fitnah yang dikeluarkannya.

Sementara itu, Ahmad Zahid dalam pernyataan pembelaan difailkan pada 17 Ogos lalu menerusi Tetuan Shahrul Hamidi & Haziq menafikan kenyataan yang dibuat pada 30 Julai 2017 adalah berniat jahat untuk memfitnah dan merendahkan reputasi plaintif di khalayak umum.

Dakwa Presiden UMNO itu, nama ‘Mahathir anak lelaki Iskandar Kutty’ merujuk kepada seorang individu berdasarkan maklumat dalam salinan kad pengenalan lama selain mendakwa beliau juga tidak mempunyai kawalan ke atas sebarang penerbitan video berhubung kenyataannya di platform media.

Peguam Mior Nor Haidir Suhaimi yang mewakili Dr. Mahathir memberitahu wakil media, Timbalan Pendaftar Nor Afidah Idris pada prosiding secara e-Review menetapkan 13 September ini untuk pengurusan kes. – KOSMO! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ketua polis trafik mengamuk dakwa petugas media sentuh punggung isteri

Nabil Terduduk Tiket Konsert Billie Eilish ‘Burn’ Hampir RM3,000 (Video)

MYDIN Sambut Ulang Tahun Ke-65 Dengan Promosi Serendah 65 Sen

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker