Bersatu bincang keputusan MT UMNO petang ini

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan mesyuarat biro politik Bersatu semalam yang dipengerusikan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin membincangkan surat Presiden UMNO bertarikh 26 Februari lalu.

Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin memaklumkan, dalam hal ini, biro politik mengambil maklum keputusan Majlis Tertinggi (MT) UMNO bahawa tiada kerjasama dengan Bersatu dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15)

Sehubungan itu, keputusan biro politik akan diputuskan dalam mesyuarat ahli Majlis Tertinggi Bersatu petang ini.

Jelas Hamzah lagi, pendirian itu juga akan dibincangkan dalam mesyuarat majlis tertinggi PN akan datang bersama parti komponen, PAS, STAR, SAPP dan Gerakan.

Semalam, Astro AWANI melaporkan UMNO telah menghantar surat kepada Perdana Menteri berhubung keputusan MT parti itu untuk menamatkan kerjasama dengan Bersatu dan PN menjelang PRU15.

26 Februari lalu, MT UMNO dilaporkan bermesyuarat di Institut Latihan Memperkasakan Ummah (ILMU) di Janda Baik namun, selepas tiga jam bermesyuarat tiada sebarang kenyataan dibuat oleh mana-mana ahli MT.

Najib Sokong Keputusan Biro Politik UMNO, Bentang Realiti Politik

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker