Tiga lelaki baling mercun di rumah jiran ditahan

 

TANAH MERAH – Polis menahan tiga suspek lelaki berusia 19 sehingga 41 tahun kerana terlibat membaling mercun buatan sendiri ke sebuah rumah di Felda Kemahang 3, di sini pada 17 Februari lepas.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Superintendan Mohd Haki Hasbullah berkata ketiga-tiga suspek itu ditahan di tiga rumah berasingan di Felda Kemahang 3, Selasa lalu



“Tangkapan dilakukan susulan polis menerima laporan seorang mangsa yang merupakan peneroka di Felda itu berkaitan bunyi letupan pada awal pagi 17 Februari lalu,” katanya dalam kenyataan di sini pada Khamis.

Katanya, mangsa terdengar bunyi beberapa orang berjalan di luar rumahnya sebelum terdengar bunyi dua letupan yang kuat di hadapan rumah di Felda berkenaan.

Mohd Haki berkata, siasatan di tempat kejadian menemukan serpihan besi disyaki komponen bahan letupan buatan sendiri dan bukti itu telah dihantar ke unit forensik untuk dianalisis.

“Bertindak atas maklumat, sepasukan anggota Ibu Pejabat Daerah (IPD) Tanah Merah telah melakukan serbuan terhadap rumah ketiga-tiga suspek terbabit.



“Serbuan di rumah pertama suspek bertindak melarikan diri setelah kehadiran polis namun dapat ditahan setelah berlakunya pergelutan,” katanya sambil menambah polis turut menemukan 12 biji pil yaba di dalam beg suspek.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan ke atas rumah dua lagi suspek, polis menemukan satu peket mercun bola dan sebuah beg silang yang mengandungi sumbu dan serbuk belerang (karbait) di dalam sebuah almari di rumah itu.

“Pemeriksaan lanjut, pihak kami telah menjumpai satu guni berwarna putih di dalamnya berisi tiga peket mercun bola yang disimpan dalam sebuah almari lain,” katanya menambah hasil ujian saringan mendapati dua daripada suspek positif methaphetamine dan mempunyai rekod jenayah lampau.

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Che Nom raih RM360,000 sebulan?



Roti Canai nombor 2 di dunia ‘Best Street Foods’

Wasiat secara lisan wajib ditunaikan mengikut permintaan arwah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker