Bapa mabuk pukul anak hingga kena 12 jahitan

Bapa mabuk pukul anak hingga kena 12 jahitan

Seorang remaja perempuan dimasukkan ke hospital dan menerima 12 jahitan di kepala, selepas dikatakan ditendang dan dipukul dengan pelbagai objek oleh bapa sendiri.

Dalam kejadian di Kota, Negeri Sembilan itu, polis menahan suspek di hadapan rumahnya dalam keadaan mabuk, pada 12.30 tengah malam semalam.



Ketua Polis Rembau, Hazri Mohamad, memberitahu Harian Metro siasatan lanjut mendapati mangsa yang berusia 17 tahun itu ditendang di bahagian perut, dengan luka pada bahagian kanan, lebam pada bahu kanan, serta luka pada kepala.

“Difahamkan suspek menggunakan kerusi, raga pakaian dan besi papan seterika untuk memukul mangsa,” katanya.

Mangsa dibawa ambulans ke Hospital Tampin untuk rawatan dan akan dirujuk ke Hospital Kuala Pilah untuk pemeriksaan lanjut oleh pakar perubatan.

Hazri berkata suspek mempunyai tujuh rekod jenayah, termasuk membabitkan dadah, menurut semakan polis. Dia direman empat hari bermula hari ini.



Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga. FMT

Bapa mabuk pukul anak hingga kena 12 jahitan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Fizz Fairuz dikecam teruk, Almy Nadia ucap selamat berjaya

Saya anak yang tidak diinginkan – Zainal Abidin



Suara wanita mengaji selepas hantar jenazah

Adegan panas di dalam bilik mandi, Shukri Yahaya mohon maaf



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker