Warga emas hilang dihanyut arus banjir kilat

Warga emas hilang dihanyut arus banjir kilat

KUANTAN: Seorang warga emas dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus deras semasa meredah banjir kilat di pekan Sungai Lembing di sini semalam.

Ketua Polis Kuantan, Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, Lee Yie Chong, 62, pemilik sebuah kedai, dilaporkan hilang kira-kira 7 malam.



“Mangsa dikatakan meredah air paras pinggang bersama isteri dan anak lelakinya untuk ke kereta di kawasan tinggi di seberang jalan untuk pulang ke rumah selepas selesai memindahkan barang ke tingkat atas kedai mereka.

“Dalam perjalanan (ke kereta), mangsa yang berada di tengah dikatakan memberitahu isterinya dia kepenatan sebelum hilang dihanyutkan arus deras,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Beliau berkata, isteri dan anak mangsa difahamkan sempat berpaut pada sebatang tiang sebelum diselamatkan.

Banjir kilat itu susulan hujan lebat sejak 3 petang menyebabkan air sungai melimpah ke pekan Sungai Lembing, manakala air dari kawasan bukit pula memenuhi jalan raya dan lorong di lokasi terbabit.



Wan Mohd Zahari berkata, hujan semakin reda dan air mula surut malam tadi. FMT

Warga emas hilang dihanyut arus banjir kilat

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Fizz Fairuz dikecam teruk, Almy Nadia ucap selamat berjaya

Saya anak yang tidak diinginkan – Zainal Abidin



Suara wanita mengaji selepas hantar jenazah

Adegan panas di dalam bilik mandi, Shukri Yahaya mohon maaf



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker