Kucing kayangan disamun, pemilik ditetak

Kucing bakal British Short Hair dan Munchkin disamun.

Kucing kayangan disamun, pemilik ditetak

Seorang penjual haiwan peliharaan bukan sahaja kehilangan dua kucing bernilai RM10,000, malah cedera ditetak dalam kejadian samun di Bandar Utama, Ahad lalu.

Mangsa, Ryan Cheah, 26, menerima 36 jahitan akibat kecederaan pada kaki dan tangan kerana ditetak dengan parang.



Cheah berkata, kejadian berlaku pada pertemuan kali kedua dengan suspek selepas turut menjual seekor kucing pada 10 Feb lalu.

Katanya, suspek menghubunginya semula beberapa hari kemudian dan memaklumkan ingin membeli dua lagi kucing.

Dia dan teman wanitanya ke lokasi dijanjikan iaitu di sebuah perhentian bas, pada 7.30 malam hari kejadian.

“Kami perasan kereta pelanggan itu remuk seperti baru terbabit kemalangan. Saya kemudian bercakap dengan individu itu dan masuk ke dalam keretanya.



“Ketika itu, dia mengeluarkan pisau dan meminta saya memindahkan semua wang ke dalam bank miliknya,” katanya menurut Harian Metro.

Cheah berkata, teman wanitanya tidak menyedari dia disamun kerana tidak mengetahui apa berlaku dalam kenderaan suspek.

“Seorang lagi penjenayah mengambil dua kucing masing-masing baka ‘British Short Hair’ dan ‘Munchkin’ daripada teman wanita,” katanya.

“Ketika itu, saya ambil peluang untuk melarikan diri dengan membuka pintu kereta dan cuba keluar, namun lelaki berkenaan mengacukan parang dan menetak saya.”



Mangsa kemudian berjaya keluar dari kenderaan suspek sebelum mereka melarikan diri.

Sementara itu, Ketua Polis Petaling Jaya Mohd Fakhrudin Abdul Hamid mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian dan sudah membuat tangkapan.

Kucing kayangan disamun, pemilik ditetak

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rindu slogan ‘Najib turun, ringgit naik’ – Akmal

Emma difitnah bertukar pasangan untuk seks



Marissa tanpa mekap dilabel ‘Muka Awam’

Ali Puteh bayar duit Hidayah, jumpa Hamzah lepas 4 tahun



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker