PRK Jepak: Abang Jo hargai PH, PN tak letak calon

KUALA LUMPUR: Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengucapkan terima kasih kepada kepimpinan Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) kerana tidak meletak calon daripada parti berkenaan untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak.

Beliau yang juga Premier Sarawak berkata, tindakan itu menunjukkan kepimpinan kedua-dua parti itu memahami Sarawak hanya boleh diuruskan oleh anak jati negeri berkenaan.

“Terima kasih kepada PH yang tidak meletakkan calon, begitu juga kepada PN. (Parti lawan) yang meletakkan calon untuk bertanding dalam PRK itu pula cumalah parti semut sahaja. Namun saya tidak mengatakan parti kita ini kuat tetapi setidak-tidaknya mereka (PH dan PN) faham bahawa Sarawak hanya boleh diuruskan oleh anak Sarawak sendiri.



“Jadi saya harap masa depan kita cerah dengan adanya anda sekalian untuk pertahankan sistem politik yang terdapat di Sarawak. Untuk pertahankan Sarawak ini ia terpulang kepada rakyat, saya sudah tua namun kita masih ada pemimpin muda lagi.

“Maka terserahlah kepada awak untuk pertahankan dan melindungi hak Sarawak, terserah juga kepada anda semua untuk memilih pemimpin,” katanya dalam sesi Townhall Agenda Sarawak sempena Lan Berambeh Anak Sarawak 2023 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), di sini hari ini.

GPS yang mencalonkan Bekas Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Sarawak, Iskandar Turkee, 54, akan berdepan saingan tiga penjuru pada PRK DUN Jepak yang berlangsung pada 4 November ini.

Antara calon lain yang akan bertanding ialah daripada Parti Bumi Kenyalang (PBK) Stevenson Joseph Sumbang, 42 dan calon Parti Aspirasi Rakyat (ASPIRASI), Chieng Lea Phing, 62.



PRK DUN Jepak diadakan selepas penyandang kerusi itu Datuk Talib Zulpilip, 72, meninggal dunia akibat komplikasi buah pinggang pada 13 September lalu.

Pada Pilihan Raya Negeri ke-12 (PRN-12) yang diadakan pada 18 Disember 2021, Allahyarham Talib memperoleh 6,277 undi mengatasi calon Parti Sarawak Bersatu (PSB), Raba’ah Tudin (2,034), calon PBK, Stevenson Joseph Sumbang (587) dan calon Bebas, Tuah Kazan (141).

Berdasarkan rekod, DUN Jepak mula dijadikan kawasan DUN pada 1996 dan mula dipertandingkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak pada tahun yang sama.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, ketika mengulas mengenai kekurangan guru di Sarawak, Abang Johari berkata pihaknya sedang bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan (KPM) serta universiti tempatan di Sarawak untuk mengajar individu yang berminat menjadi tenaga pengajar.



“Memang benar kita kurang 3,000 guru dan sekarang kita sedang bekerjasama dengan KPM untuk wujudkan Maktab Perguruan di Sarawak serta universiti di negeri itu untuk memberikan pengajaran dalam bidang perguruan.

“Malah kita juga akan memberi perhatian kepada anak tempatan sendiri untuk dilatih menjadi seorang guru di Sarawak. Jadi latih anak Sarawak untuk menjadi guru di Sarawak sekali gus dapat menyelesaikan masalah kekurangan guru di sana,” katanya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dulu Pelakon Kini Pramugara

Ingat saya lembik – Shila Amzah



Transgender dipantau tentera saat tunai umrah (Video)

Wanita tayang punggung, payudara di Sabah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker