Remaja diserang beruang di kebun durian

Remaja diserang beruang di kebun durian

KUALA BERANG: Seorang remaja berdepan detik cemas apabila diserang seekor beruang ketika berada di sebuah kebun durian di Kampung Lerek, di sini, petang semalam.

Al Amin Ratna Shariman Alias, 18, diserang haiwan berkenaan kira-kira pukul 4.30 petang ketika berada seorang diri di kebun milik ayahnya itu.



Abang mangsa, Aweh Zulkurnain, 22, berkata, adiknya bernasib baik kerana parang yang dibawanya berjaya menyelamatkannya dari terus diserang beruang terbabit.

Katanya, adiknya ke kebun menunggang motosikal dari rumah sebelum meninggalkan kenderaan itu di bahu jalan dan menyambung perjalanan dengan berjalan kaki sejauh satu kilometer.

“Kejadian ketika adik saya sedang asyik berjalan di dalam kebun sebelum tersentak apabila melihat seekor beruang sedang makan buah durian.

“Ketika itu jarak antara adik dan beruang terbabit hanya beberapa meter, sebelum adik mengambil langkah selamat dengan bersembunyi di sebalik sebatang pokok.



“Namun tindakan itu tidak membuahkan hasil apabila tiba-tiba beruang itu datang menyerang adik saya,” katanya yang dimaklumkan adiknya mengenai serangan haiwan berkenaan.

Aweh Zulkurnain berkata dalam keadaan cemas itu, adiknya bagaimanapun sempat melibas parang ke arah beruang terbabit bagi menyelamatkan diri.

Katanya, akibat libasan itu adiknya turut cedera terkena cakaran beruang manakala haiwan terbabit terus melarikan diri.

Aweh Zulkurnain berkata, sejurus kejadian adiknya terus keluar dari kebun itu untuk pulang sebelum dihantar keluarganya ke Hospital Hulu Terengganu..



“Adik menerima beberapa jahitan di bahagian kepala. Kejadian diserang beruang kali pertama berlaku kepada ahli keluarga sepanjang lebih 20 tahun kebun durian ayah usahakan itu.

“Saya tidak menolak kemungkinan beruang terbabit bertindak agresif kerana terkejut melihat kelibat adik saya. Sebelum ini sudah kerap kali penduduk terserempak namun haiwan terbabit terus melarikan diri tanpa menyerang penduduk,” katanya. BH

Remaja diserang beruang di kebun durian

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jumpa kamu di alam lain Nad – Sharifah Sakinah

Aliff Syukri bengang pasal Ira dan Puteri Sarah



Berzina dengan ibu kandung

Saya tahu masalah Nad – Marsha Milan



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker