Jadi kerajaan yang pikul amanah, bukan maki hamun orang – Anwar

Jadi kerajaan yang pikul amanah, bukan maki hamun orang – Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan penyaluran bantuan oleh kerajaan kepada rakyat tidak boleh dilakukan atas nama atau lambang mana-mana parti politik.

Sebaliknya, Perdana Menteri berkata, apa pun bentuk bantuan yang akan diberikan kerajaan kepada rakyat perlulah disalurkan menggunakan hanya nama kerajaan.



“Ada berbangkit tentang bantuan-bantuan kerajaan kepada rakyat (yang menggunakan) lambang parti…(ini) tidak boleh digunakan.

“Ini telah diamalkan Perikatan Nasional (PN) dulu dan ada juga satu dua (isu) yang berlaku dalam Kerajaan Perpaduan.

“(Jadi) arahan kita (amalan) ini tidak boleh (diteruskan). Bantuan kerajaan perlu disalur atas nama kerajaan,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Kenduri Rakyat di Dataran Taman Dahlia, di sini, hari ini.

Pada majlis itu, beliau turut menyempurnakan bantuan Bakul Rahmah kepada 10 penduduk di Taman Dahlia.



Yang turut hadir ialah Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Fauziah Salleh.

Dalam pada itu, Perdana Menteri mengingatkan semua pihak supaya mematuhi etika berkempen ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), susulan penganjuran dua Pilihan Raya Kecil (PRK) membabitkan Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram di Johor.

“Etika kempen dan juga penyaluran bantuan kerajaan kita dah pastikan…saya dah bincang dengan Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi, supaya pastikan tidak ada pelanggaran, kita hormat peraturan yang ditetapkan SPR,” katanya.

Esok akan berlangsung penamaan calon bagi PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram, dengan tarikh pengundian awal pada 5 September dan hari pengundian pada 9 September.



Sementara itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan ketika berucap di hadapan hadirin memaklumkan, usaha bekas Menteri KPDN, Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub memperkenalkan inisiatif Payung Rahmah ternyata membantu meringankan beban rakyat.

“Jadi kerajaan ini, kita fikirkan (inisiatif yang baik untuk rakyat), bukan hendak bergaduh, maki hamun orang ,bukan cerca orang, bukan gaduh sesama kaum dan parti, tidak.

“Bila jadi (kerajaan yang pikul) amanah, itu yang kita buat. Contoh Salahuddin sudah lama dalam politik, tetapi apabila beliau pegang jabatan (KPDN) tumpuan kerja laksanakan amanah, mengurangkan tekanan kos sara hidup rakyat.

“Moga contoh ini dapat diteruskan, kuatkan kerajaan dengan maksud beri khidmat terbaik kepada rakyat,” katanya. BH



Jadi kerajaan yang pikul amanah, bukan maki hamun orang – Anwar

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jumpa kamu di alam lain Nad – Sharifah Sakinah



Aliff Syukri bengang pasal Ira dan Puteri Sarah

Berzina dengan ibu kandung



Saya tahu masalah Nad – Marsha Milan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker