Berita gembira penjawat awam, bayaran insentif awal RM2,000

Sementara menunggu semakan semula skim gaji dan elaun tetap penjawat awam siap, Perdana Menteri, Anwar Ibrahim berkata kerajaan bersetuju memberi bayaran insentif awal sebanyak RM 2,000 ringgit kepada semua penjawat awam gred 56 dan ke bawah.

“Sukacita diumumkan, kerajaan bersetuju untuk memberi Bayaran Insentif Awal Kajian Sistem

Saraan Perkhidmatan Awam sebanyak RM2,000 kepada semua penjawat awam gred 56 dan ke bawah.



“(Ini) termasuk lantikan kontrak dan RM1,000 kepada semua Jawatan Utama Sektor Awam melibatkan semua termasuk polis, bomba, tentera, angkatan bersenjata dan seluruh anggota beruniform,” katanya semasa membentangkan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat, hari ini.

Anwar berkata bayaran insentif RM1,000 turut dipanjangkan kepada semua pesara kerajaan termasuk veteran berpencen serta veteran tidak berpencen.

“Bayaran ini akan dibuat secara sekali gus pada akhir Februari 2024 bagi meringankan beban persediaan persekolahan anakanak serta persiapan menjelang bulan Ramadan dan Syawal,” katanya.

Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) ini akan meneliti keperluan semua skim perkhidmatan dan dijangka akan dimuktamadkan pada penghujung tahun hadapan. Kali terakhir, semakan dilakukan adalah pada tahun 2012.



Perdana menteri berkata, kerajaan turut menyarankan majikan swasta mengkaji kesesuaian saraan serta ganjaran kepada pekerja mengambil kira cabaran kos sara hidup semasa.

“Tahun hadapan, kerajaan akan mula mempergiat sesi libat urus. Saya menyeru untuk pihak swasta untuk memberi ganjaran terutamanya syarikat yang mempunyai keuntungan yang munasabah,” katanya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kahwin wanita Kazakhstan tak perlu wang hantaran – Fadlan Hazim

Adik lelaki bongkar Shila Amzah jual rumah sebab duit



Jangan nanti malaikat maut pun kau maki

GV10: Sah Elly Mazlein undur diri



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker