MPV terbakar, warga emas maut, empat termasuk bayi kritikal

MPV terbakar, warga emas maut, empat termasuk bayi kritikal

Jerantut: Warga emas maut manakala empat termasuk bayi berusia lima bulan parah dalam kemalangan di KM 12 Jalan Jerantut-Maran (Sungai Salan), di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 1 tengah hari itu, mangsa berusia 83 tahun yang juga penumpang hadapan kenderaan pelbagai guna (MPV) Proton Exora meninggal dunia di tempat kejadian.



Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintendan Mazlan Hassan berkata, siasatan mendapati MPV dipandu seorang wanita berusia 25 tahun bersama empat yang lain dipercayai sekeluarga dari Felda Gelanggi Satu dekat sini, cedera parah.

“Tiba di tempat kejadian, pemandu MPV dipercayai gagal memotong sebuah kenderaan di hadapannya menyebabkannya bertembung dengan lori Isuzu.

“Akibat kemalangan, MPV hangus terbakar, dan semua mangsa berjaya dibawa keluar oleh orang awam,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, semua mangsa yang parah dibawa ke Unit Kecemasan Hospital Jerantut dan sedang dirawat di zon merah serta dilaporkan kritikal.



“Kemalangan disiasat di bawah Seksyen 41 (1) APJ 1987,” katanya. HM

MPV terbakar, warga emas maut, empat termasuk bayi kritikal

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Sayang abang haji Zul

Senaman terbaik untuk hubungan seks



Iqbal dedah sebab utama jumpa Inspektor Sheila

Pekerja kilang diarah tanggal pakaian



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker