Anak ulama cabul gadis, Polis disimbah kopi panas

GIADI Nugroho disimbah kopi panas ketika cuba melakukan serbuan untuk menangkap Mas Bechi yang didakwa mencabul pelajar perempuan. – POLIS JOMBANG

SURABAYA: Seorang pegawai polis cedera akibat disimbah kopi panas ketika melakukan serbuan di Pondok Pesantren Shiddiqiyyah di  Ploso, Jombang, Jawa Timur untuk menangkap anak ulama terkenal yang didakwa mencabul pelajar perempuan.

Lapor Tribunnews, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Giadi Nugroho menceritakan detik-detik disimbah kopi panas oleh seorang individu ketika cuba menahan suspek bernama Much Subchi Azal Tzani atau Mas Bekhi, 42, yang merupakan penjaga di pondok tersebut.

Ketika kejadian, Giadi cuba menahan anak ulama terkenal di Jombang itu yang sebelum ini pernah meloloskan diri ketika dikepung anggota polis.

“Apabila saya memasuki sebuah bilik di bangunan sekolah itu, seorang lelaki dari arah bertentangan bertindak melemparkan termos tanpa penutup yang mengandungi kopi panas.



“Kopi panas tertumpah pada kasut sekali gus terkena pada kulit kaki. Polis kemudian membawa saya ke Hospital Jombang.

“Saya mengalami luka terbakar tahap kedua dengan kira-kira 18 peratus kaki kiri dan kanan saya melecur,” katanya.

Jelas Giadi, selepas menerima rawatan perubatan, dia meneruskan tugasnya untuk menangkap Mas Bekhi.

Sementara itu, Giadi memaklumkan lelaki yang menyimbah kopi panas, juga dinamakan sebagai suspek dan sudah ditahan.



Katanya, suspek itu kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Jombang dan dijatuhi hukuman penjara selama lima tahun kerana menghalang siasatan polis.

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

 


Wanita Bangga Hafal Quran 15 Juzuk, Kemudian Buka Baju Separuh Bogel! Ini Komen Firdaus Wong [VIDEO]



Daging Lembu ‘King of Sado’ Diagih Manfaat Kepada 1,000 Asnaf [VIDEO]

Insiden Wanita Hina Islam, Operasi Kelab Komedi Digantung Sementara



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker