Baru Jaga Stadium Shah Alam 14 tahun Sudah Mahu Dirobohkan

Oleh Tun Teja

APA sahaja yang disentuh Pakatan Harapan(PH) semuanya hancur. Itu kenyataan yang tepat berkenaan kerajaan PH yang memerintah Malaysia selama 22 bulan dan Selangor beberapa penggal.

Stadium Shah Alam bukan satu-satunya stadium yang ada di dunia ini. Ia juga bukan satu-satunya stadium di Malaysia. Dengan kapasiti 80,300 orang, ianya antara stadium terbesar di Asia dan dunia.

Umur stadium Shah Alam cuma 14 tahun sahaja sebelum penjagaannya diambil alih oleh kerajaan PR/PH pada tahun 2008. Selepas 14 tahun PH jaga, stadium ini dikatakan mengalami kerosakan teruk dan tidak dapat diselamatkan lagi? Perkara ini dilihat sangat tidak masuk akal kerana Stadium Merdeka yang berpuluh tahun lebih tua dapat diselenggara dengan baik dan tidak pernah mahu dirobohkan pun.

Ironinya Stadium Shah Alam ini bakal diroboh dan diganti dengan stadium baharu berkapasiti 30,000 hingga 40,000 sahaja dengan alasan stadium yang lebih kecil adalah lebih mudah dijaga?

Ini merupakan bukti nyata kegagalan PH dalam mentadbir sebuah negeri yang maju. PH gagal menyelenggara sebuah stadium yang menjadi kemegahan warga Selangor.

Kita mempersoalkan tindakan kerajaan negeri yang bercadang merobohkan Stadium Shah Alam kononnya sebagai langkah penjimatan sedangkan ia hanya memerlukan penyelenggaraan secara berterusan.

Ia tidak seharusnya diroboh jika kerajaan negeri mengambil pendekatan menyelenggara dan membaik pulih kerosakan secara konsisten sama seperti di stadium lain di luar negara dan di negeri lain.

Kerajaan pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Selangor yang menerajui negeri ini selama tiga penggal disifatkan lebih banyak berpolitik daripada meneruskan kesinambungan kerajaan terdahulu.

Stadium Shah Alam yang menjadi mercu tanda kepada Selangor dan menjadi kebanggaan rakyat negeri ini perlu dipertahankan demi masa depan dan nilai sejarah tersendiri.

Stadium Shah Alam sarat dengan sejarah dalam kancah bola sepak tempatan. Ianya tidak boleh dipisahkan dengan Selangor FC sebagaimana Old Trafford dan Anfield dikaitkan rapat dengan Manchester United dan Liverpool.

PH sememangnya gagal dari segenap segi. Apa sahaja yang mereka sentuh akan hancur. Negara lain makin maju ke depan namun disebabkan PH mentadbir negara selepas PRU-14, negara kita mundur ke belakang.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker