Akaun Fleksibel KWSP akan diperkenalkan

Akaun Fleksibel KWSP akan diperkenalkan sebagai akaun baru yang boleh diakses ahli pada bila-bila masa, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Dia berkata, akaun ahli KWSP akan distrukturkan semula untuk memperkasa simpanan persaraan.

Penambah-baik program perlindungan sosial itu adalah bagi memastikan golongan tumpuan terus mendapat perlindungan sewajarnya.



“Kadar tanggungan kerajaan di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) akan ditingkatkan kepada 90 peratus dengan peruntukan RM100 juta.

“Saya menyeru syarikat pengendali untuk menanggung baki 10 peratus caruman bagi pihak pekerja gig. Saya yakin syarikat pengendali platform amat prihatin dengan kebajikan pekerja mereka,” katanya ketika membentangkan Bajet 2024 di Dewan Rakyat, hari ini.

Selain itu, katanya, had caruman padanan kerajaan di bawah program i-Saraan KWSP ditingkatkan kepada RM500 setahun terhad kepada RM5,000 seumur hidup.

“Had caruman padanan kerajaan di bawah program i-Suri KWSP ditingkatkan kepada RM300 setahun terhad kepada RM3,000 seumur hidup.



“Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah akan diteruskan dengan peruntukan RM50 juta memanfaatkan lebih 400 ribu suri rumah wanita yang berdaftar di bawah eKasih,” katanya.

Anwar berkata, kerajaan juga akan meningkatkan siling gaji bulanan bagi caruman Perkeso daripada RM5,000 kepada RM6,000. Peningkatan ini, katanya akan meningkatkan faedah tunai pada kadar 20.2 peratus untuk manfaat 1.45 juta pekerja dan orang tanggungan mereka.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kahwin wanita Kazakhstan tak perlu wang hantaran – Fadlan Hazim

Adik lelaki bongkar Shila Amzah jual rumah sebab duit



Jangan nanti malaikat maut pun kau maki

GV10: Sah Elly Mazlein undur diri



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker