Subsidi padi naik RM500 setiap tan – Anwar

Perdana menteri berkata dengan kenaikan itu pesawah akan menerima sekurang-kurangnya RM1,700 per metrik tan yang akan meningkatkan pendapatan mereka.

Subsidi padi naik RM500 setiap tan – Anwar

Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan berita baik buat pesawah iaitu kenaikan kadar Skim Subsidi Harga Padi (SSHP) daripada RM360 per metrik tan kepada RM500 per metrik tan mulai esok.

Anwar berkata dengan kenaikan itu pesawah akan menerima sekurang-kurangnya RM1,700 per metrik tan yang akan meningkatkan pendapatan pesawah.



“Ini kenaikan terbesar dalam sejarah. Anwar Ibrahim dulu ketika jadi menteri kewangan pernah naikkan (kadar).

“Hari ini saya naikkan sekali lagi, hari ini umum, esok naik,” katanya semasa berucap pada Majlis Sentuhan Agro Madani Negeri Perak.

Turut hadir Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Mohamad Sabu.

Perdana menteri berkata peningkatan itu akan melibatkan perbelanjaan RM1 bilion setahun.



Bagi menyelesaikan masalah pemutuan padi, Anwar berkata perbincangan akan dilakukan dengan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) bagi menempatkan pegawai pertanian di kilang padi swasta khusus untuk memantau proses tersebut.

Ini katanya bagi mengelak pengilang bertindak sesuka hati tanpa mengikut standard ditetapkan.

Sementara itu, Anwar yang juga menteri kewangan berkata kementeriannya akan mempertimbang untuk menambah peruntukan bagi pelaksanaan inisiatif tanaman padi lima musim dalam dua tahun.

“Belanja untuk buat tali air dan sebagainya yang RM3 bilion itu tidak cukup, kena tambah lagi, untuk petani ini, kita cuba tambah, kita buat yang sebaiknya,” katanya.



Pada majlis itu Anwar turut menyampaikan bantuan berjumlah RM21.8 juta yang memanfaatkan 28,295 pesawah dan peladang Perak.

Bantuan disampaikan beliau kepada Pengerusi Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang Negeri Perak, Sham Mat Sahat dan wakil Persatuan Peladang Kawasan (PPK) mengikut daerah. FMT

Subsidi padi naik RM500 setiap tan – Anwar

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Danny-Fateha, kenal 5 hari, nikah dua minggu akhirnya bercerai

Masya Masyitah tayang paha pulak, siap peluk siapa tu?



Kisah dicintai Azwan Ali, respon Ziana Zain memang ‘deep’

Silap-silap PH/BN yang menang 6-0 atau menang 5-1



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker