Budak autistik miliki IQ lebih tinggi daripada Albert Einstein

Budak autistik miliki IQ lebih tinggi daripada Albert Einstein

Mexico City: Seorang kanak-kanak autistik di Mexico yang mempunyai tahap kecerdasan intelektual (IQ) tinggi berjaya menamatkan pengajian ijazah sarjana.

Adhara Perez Sanchez, 11, yang sangat pintar dan memiliki tahap IQ lebih tinggi daripada Albert Einstein , menamatkan pendidikan sekolah menengahnya sebelum usianya tujuh tahun.



Dia mendapat markah 162 yang mengagumkan dalam ujian IQ iaitu lebih tinggi daripada ahli fizik terhebat, Stephen Hawking.

Dia bakal dianugerahkan ijazah sarjana dan kini bekerja dengan Agensi Angkasa Mexico untuk membantu mempromosikan penerokaan angkasa lepas dalam kalangan anak muda.

Adhara mengambil Ijazah Sarjana Sistem dan Kejuruteraan industri dengan pengkhususan Matematik dari Universiti Teknologi Mexico, menjadikannya menonjol daripada individu seusianya.

Namun, perjalanan hidup kanak-kanak dari Mexico City itu tidak mudah apabila dia bukan pernah diabaikan guru apabila bakatnya gagal dikesan, malah dibuli rakan sekelasnya.



Pada usia tiga tahun dia disahkan mengalami kecacatan perkembangan selepas pertuturannya merosot dengan ketara.

Ibunya, Nayeli Sanchez berkata, anaknya itu terpaksa bertukar sekolah sebanyak tiga kali kerana masalah di sekolah.

“Guru-guru tidak begitu empati. Dia mula mengasingkan dirinya dan tidak mahu bermain dengan rakan sekelasnya kerana dia berasa pelik dan berbeza.

“Dia sangat tertekan. Orang lain tidak mempunyai empati, mereka mengejeknya,” katanya kepada majalah Marie Claire Mexico.



Dalam pada itu, Adhara memberitahu Goalcast dia belajar bersungguh-sungguh kerana mahu menjadi angkasawan dan menjelajah angkasa lepas termasuk Marikh.

Tahun lalu, Universiti Arizona di Amerika Syarikat menawarkannya biasiswa dalam bidang astrofizik, namun kerana masalah visa yang dihadapinya menyebabkan dia terpaksa menangguhkan pengajiannya. HM

Budak autistik miliki IQ lebih tinggi daripada Albert Einstein

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

“Sarah Rasa Nak Matilah, Macam Malaikat Dah Duduk Sebelah”(Video)

Angel Dolla bercinta dengan Nadhir Nassar



Janna Nick nikahi Dini Schatzmann di Langkawi 10 Jun

Bapa sanggup putus hubungan – Mark Adam



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker