Harga emas bakal naik

Harga emas bakal naik

Harga emas di Malaysia diramal mencecah sehingga RM330 segram pada penghujung tahun ini iaitu kenaikan sebanyak 10 peratus berbanding RM300 satu gram ketika ini. Pengurus Besar MS Gold Crafts Industries Sdn. Bhd. (MS Gold Crafts), Eric Leong berkata, peningkatan harga itu didorong oleh beberapa faktor termasuk penutupan beberapa bank terkemuka seperti Silicon Valley Bank (SVB) dan penurunan kadar faedah Amerika Syarikat.

Harga emas pukal meneruskan kenaikan melepasi paras utama AS$2,000 apabila dolar dan hasil Perbendaharaan jatuh, manakala data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang lebih lemah.



Situasi itu meningkatkan jangkaan kenaikan kadar faedah yang lebih perlahan walaupun kebimbangan meningkat terhadap inflasi yang dipelopori minyak.

Emas menjadi daya penarik terutamanya dalam kalangan peniaga yang memegang mata wang lain dengan dolar menambah kerugiannya selepas data menunjukkan pembukaan pekerjaan AS pada Februari jatuh ke paras terendah hampir dua tahun manakala pesanan pembuatan juga merosot.

Peningkatan harga emas di pasaran global yang ketika ini mencecah RM300 segram dianggap sebagai peluang terbaik buat orang ramai untuk mencari keuntungan dengan menjual semula barang kemas tersebut. Menerusi tinjauan di kawasan tumpuan membeli emas di Shah Alam dekat sini, para pelanggan dilihat mula beratur di kedai emas seawal pukul 10 pagi semata-mata untuk menjual semula emas yang mereka miliki.

Harga emas bakal naik



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

“Sarah Rasa Nak Matilah, Macam Malaikat Dah Duduk Sebelah”(Video)



Angel Dolla bercinta dengan Nadhir Nassar

Janna Nick nikahi Dini Schatzmann di Langkawi 10 Jun



Bapa sanggup putus hubungan – Mark Adam

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker