Kereta supersonik laju 1,287 kilometer sejam

 

S

Bloodhound dipandu pada kelajuan 560 kilometer sejam semasa ujian awal di wilayah Northern Cape pada 14 November 2019. – AFP

Sebuah syarikat di Britain sedang mencari seorang pemandu baharu  untuk memandu sebuah kereta supersonik bagi memecahkan rekod kelajuan darat dunia, sehingga 1,287 kilometer sejam, lapor akhbar The Sun, semalam.

Kereta berkuasa jet itu berada di Muzium Pengangkutan Coventry sejak 2019 selepas komander Tentera Udara Diraja Britain (RAF), Andy Green berjaya memecahkan rekod dunia dengan memandunya melintasi padang pasir Afrika Selatan pada 2017.



Rekod kelajuan Green mencecah 1,227 kilometer sejam menempatkan kereta dinamakan Bloodhound itu dalam senarai lapan kereta pantas terbaik sepanjang zaman selain Sonic 1, Blue Flame, Thrust2, Budweiser Rocket, Sonic Arrow, Aussie Invader III dan Thrust SCC.

Ketua Pegawai Eksekutif Bloodhound, Stuart Edmondson berkata, peruntukan sebanyak £12 juta (RM69.3 juta) diperlukan untuk proses baik pulih bagi menempatkan semula kereta itu di atas trek dan memecahkan rekod kelajuan darat 1,287 kilometer sejam tanpa menggunakan bahan api fosil.

“Pemohon perlu mempunyai kemahiran dan pengalaman tertentu. Saya memerlukan seseorang yang berkebolehan untuk memandu Bloodhound. Ia tentang disiplin dalam persekitaran yang mencabar,” katanya.

Mereka juga memerlukan pakej dana yang besar kerana percubaan sebelum ini untuk mengumpul wang tunai yang diperlukan semasa pandemik Covid-19 gagal. – AGENSI



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Khaibar, Khaibar Ya Yahud, Jaysu Muhammad Saufa Ya’ud



Gambar lucah AI, Anna Jobling beri amaran

TMJ Tuju Kepada Ahli Politik Mana?



Ameera Khan dikritik tayang produk pro Israel



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker