Polis buat upacara halau hantu

Seorang pegawai polis dipercayai melakukan upacara menghalau hantu ke atas seorang lelaki di sebuah kawasan kejiranan di Pattaya semalam, lapor portal berita The Pattaya News.

Dia melakukan perbuatan itu selepas penduduk menghubungi polis bagi memberitahu terdapat seorang lelaki yang dirasuk dan menjerit sekuat hati pada pukul 4 pagi (waktu tempatan).

Setibanya di tempat kejadian, seorang pegawai polis yang bertugas di Balai Polis Pattaya, Leftenan Yutthakorn Matchima, bertindak pantas.



Dia menggunakan air suci untuk melakukan pengusiran syaitan, membaca mantera dan mengarahkan lelaki yang tertekan itu untuk mengangkat tangannya.

Yutthakorn kemudian menyembur air di sekelilingnya dan menyatakan bahawa masalah itu telah selesai serta  tiada apa yang perlu dirisaukan lagi.

Keadaan lelaki itu juga bertambah baik, demikian menurut beberapa saksi. – AGENSI

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Khaibar, Khaibar Ya Yahud, Jaysu Muhammad Saufa Ya’ud



Gambar lucah AI, Anna Jobling beri amaran

TMJ Tuju Kepada Ahli Politik Mana?



Ameera Khan dikritik tayang produk pro Israel

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker