Tiada kenaikan harga barang sehingga 20 peratus – Mydin

Tiada kenaikan harga barang sehingga 20 peratus – Mydin

Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin), Datuk Dr Ameer Ali Mydin menjangka sekiranya berlaku kenaikan harga barang pada Ogos in, ia hanya akan membabitkan kenaikan sekitar satu hingga dua peratus sahaja, dan bukannya sehingga 20 peratus seperti yang pernah diramalkan sebelum ini.

Beliau berkata kenaikan secara mendadak itu tidak akan berlaku berikutan kadar ringgit yang kini berada pada tahap baik dan trend itu dijangka terus mengukuh berdasarkan kepada pergerakan terkini.



“Sekarang dalam dua, tiga hari ini, US Dollar turun balik kepada RM4.53 hingga RM4.54, jadi saya boleh kata 100 peratus, harga tidak akan naik 20 peratus pada bulan Ogos ini.

“Kalau saya nak kata semua barang tidak naik, saya tidak pasti, tapi kalau naik pun, di antara satu hingga dua peratus sahaja,” katanya kepada Bernama selepas menghadiri program temubual Apa Khabar Malaysia, di Wisma Bernama hari ini.
Beliau berkata kenaikkan harga barang juga bergantung kepada pelbagai faktor antaranya inflasi, permintaan dan penawaran selain kadar ringgit.

Sebelum ini beliau dan beberapa pakar ekonomi menyatakan harga barang pengguna dijangka meningkat, ada yang meramalkan sehingga 20 peratus menjelang Okober ini berikutan peningkatan kos operasi perniagaan di Malaysia selain inflasi import.

Peningkatan kos itu dikatakan ekoran kemerosotan nilai ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) sehingga mendorong berlaku inflasi import pada kadar tinggi.
Sementara itu, Ameer turut mencadangkan agar kerajaan meneliti kembali mekanisme pemberian subsidi pukal ke subsidi bersasar menerusi pemberian tunai bulanan untuk golongan B40.



Katanya menerusi kaedah subsidi bersasar ia akan menjimatkan kos pembelanjaan kerajaan sekali gus membantu kerajaan dalam memudahkan perancangan pembangunan negara yang lebih mampan. MG

Tiada kenaikan harga barang sehingga 20 peratus – Mydin

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Nak jadi janda sekejap saja – Puteri Sarah

Baby Shima dikafirkan kerana mahu saman pemimpin PAS dan PU Syed



Tak segan cium Alif Hadi, Yasmin Hani undang kecaman (Video)

Gangguan seksual terhadap Rara, laporan polis dibuat



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker