PRN2023: Majoriti penuntut IPT berpeluang mengundi

PRN2023: Majoriti penuntut IPT berpeluang mengundi

Majoriti penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) berpeluang menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi di enam negeri terlibat Pilihan Raya Negeri (PRN) susulan kebanyakan universiti sudah selesai mengadakan peperiksaan dalam tempoh itu.

Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata pada tarikh pengundian yang ditetapkan 12 Ogos itu kebanyakan pelajar juga sudah berada di kampung masing-masing.



“Sekarang pelajar sedang menjalani peperiksaan. Pada hari mengundi kebanyakan universiti dah habis peperiksaan, memang tengah cuti, pelajar dah ada di kampung masing-masing.

“Pada masa sama PRN hanya melibatkan enam negeri. Jadi ramai pelajar beri pandangan peperiksaan diteruskan, jadi memang tak ada cuti (khas untuk pulang mengundi),” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Pelancaran Jentera Barisan Nasional (BN) Hulu Terengganu di sini, malam tadi.

Sebelum ini, media melaporkan Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Universiti Malaysia Pahang (UMP) antara universiti yang terkesan dengan penetapan tarikh pengundian pada tarikh tersebut.

Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) kedua-dua universiti itu dilapor berkata UUM memulakan peperiksaan hujung bulan ini hingga pertengahan Ogos, manakala UMP mengadakan pengambilan baharu bagi pengajian peringkat diploma ketika pelaksanaan PRN.



PRN bakal berlangsung serentak di Terengganu, Kelantan, Kedah, Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan.

Terengganu juga bakal menyaksikan pelaksanaan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu pada tarikh sama. Awani

PRN2023: Majoriti penuntut IPT berpeluang mengundi

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Nak jadi janda sekejap saja – Puteri Sarah

Baby Shima dikafirkan kerana mahu saman pemimpin PAS dan PU Syed



Tak segan cium Alif Hadi, Yasmin Hani undang kecaman (Video)

Gangguan seksual terhadap Rara, laporan polis dibuat



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker