Harga kopi global dijangka melambung tinggi

Shaban-Vovk dikatakan telah merancang operasi itu selama beberapa minggu selepas tiba di Russia pada 23 Julai lalu. – East2west News

BRASILIA – Penurunan hasil tanaman kopi di Brazil yang merupakan penanam kopi terbesar dunia, dijangka akan menyebabkan harga komoditi itu di seluruh dunia naik mendadak dalam tempoh beberapa bulan akan datang, lapor laman berita RT kelmarin.

Menurut data dagangan seperti dilaporkan akhbar The Wall Street Journal (WSJ), niaga hadapan kopi melonjak hampir 90 peratus tahun lalu selepas kemarau dan fros menjejaskan pengeluaran Brazil.

Harga kopi melonjak ke paras tertinggi dalam tempoh 10 tahun pada Februari lalu sekitar AS$2.59 (RM11.63) untuk 0.45 kilogram (kg) dan kekal tinggi berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Harga kopi meningkat 18.06 peratus dari tahun ke tahun dan dijual pada harga sekitar AS$2.23 (RM10) untuk 0.45 kg minggu lalu.



Penganalisis-penganalisis pasaran menjangkakan harga kopi akan terus meningkat disebabkan spesifikasi penuaian kopi di Brazil. Sistem penuaian dilakukan dalam kitaran dua tahun dengan para petani mengumpul jumlah kopi Arabica yang lebih besar pada tahun genap.

Walaupun tahun ini tahun genap, faktor cuaca ektrem pada 2021 menyebabkan jangkaan penuaian untuk tahun ini adalah rendah. Situasi diburukkan lagi oleh kos baja dan pengangkutan yang meningkat.

Selain Brazil, ladang-ladang  kopi di Colombia yang merupakan sebuah lagi negara pengeksport utama, turut terjejas akibat cuaca lembap daripada biasa.

Menurut anggaran WSJ, hasil penuaian biji kopi pada tahun ini dijangka turun 50 peratus.



Menurut laporan Pertubuhan Kopi Antarabangsa pada Julai 2022, penggunaan kopi global dijangka meningkat dan mengatasi pengeluaran. Situasi tersebut boleh mengakibatkan harga kopi meningkat ke paras tertinggi baharu. – Agensi

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Kangkong Diharamkan Di Amerika, Ini Sebabnya (Video)

Suami Hana dari ‘neraka’



Noh Salleh buat ‘catwalk’ dengan rokok di mulut di KLFW2022 (Video)



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker