Adun PKR puji DAP, kata UMNO dan PAS adalah musuh orang Melayu

 

Adun PKR puji DAP, kata UMNO dan PAS adalah musuh orang Melayu . SEDIH melihat seorang yang berbangsa Melayu dan beragama Islam sanggup berkata bahawa musuh utama orang Melayu adalah UMNO dan PAS. Beliau dilihat cuba menukar fakta bahawa DAP adalah musuh orang Melayu dan agama Islam.

Merujuk kepada video di atas,  DUN Sabak, Ahmad Mustain Othman menekankan yang menjalin kerjasama dengan DAP tidak akan menjadi kafir.



Wakil rakyat daripada PKR itu membangkitkan perkara berkenaan susulan terdapat tuduhan daripada pemimpin parti tertentu yang memburukkan DAP dengan mengajak rakyat menolak parti itu kerana didakwa mengancam orang Melayu-Islam sedangkan kita semua tahu bahawa perkara itu adalah benar.

“Saya kesian dengan DAP, semua kesalahan yang buruk, yang tak baik dituduh kepada DAP oleh pejuang-pejuang Melayu dan pejuang-pejuang Islam.

“Saya bukan balaci DAP tapi saya berkawan baik dengan Speaker, jiran saya ADUN Subang Jaya, ADUN Kampung Tunku, ADUN Dusun Tua dan sebagainya. Di Dewan ini saya nak beritahu kepada seluruh rakyat bahawa DAP bukan ancaman kepada Melayu-Islam.

“Walaupun saya bukan tuan guru, saya berani kata, tidak jadi kafir kerjasama dengan DAP,” katanya ketika membahaskan titah ucapan Sultan Selangor di Dewan Undangan Negeri (DUN).



Lai Weng Sang (DAP-Banting) kemudian bangkit mencelah meminta Ahmad Mustain menyatakan pihak mana yang dimaksudkannya.

Ahmad Mustain tanpa berselindung menamakan Umno dan PAS.

Berang dengan tuduhan itu, Mohd Imran Tamrin (BN-Sungai Panjang) meminta Ahmad Mustain membetulkan dan menarik balik tuduhan tersebut yang dilihat berniat jahat serta memburukkan parti.

Untuk makluman, Mustain pernah mengaku beliau menyertai protes terhadap bekas perdana menteri Najib Razak di Kuala Selangor.



“Ya benar itu kereta saya dan ia mengandungi plakad dan karikatur badut yang dibawa sewaktu protes itu dijalankan,” kata Mustain kepada Malaysiakini.

Najib berkata beliau melihat kereta Mustain diletakkan berdekatan tempat protes ketika melawat kawasan tersebut.

“Saya diberitahu bahawa kenderaan yang digunakan beberapa orang untuk buat provokasi semasa saya bersarapan pagi adalah milik DUN PH Sabak Bernam Ustaz Ahmad Mustain bin Othman.

“Apa kesalahan saya bersarapan pagi di kawasan DUN Tuan Haji,” kata Najib menerusi tulisan di Facebook beliau.



Sementara itu, Mustain berkata protes itu dilakukan atas kata sepakat ahli Pakatan Harapan (PH) Sabak Bernam, bukan keputusan peribadinya.

“(Protes) bukan atas arahan saya, itu adalah keputusan semua ahli PH Sabak Bernam,” tambahnya.

Persoalannya, adakah tindakan Mustain menuduh UMNO dan PAS sebagai musuh orang Melayu-Islam dibuat atas arahan PH? Jika benar, maka memanglah beliau balaci DAP.

Oleh Nurul Aisyah



Adun PKR puji DAP, kata UMNO dan PAS adalah musuh orang Melayu

 


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Isu Kalimah Allah: Marah kaitkan DAP, Adun DAP Melayu Buat Laporan Polis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker