Kakitangan kesihatan cedera dikejar pesakit dengan cangkul

Keadaan kakitangan Jabatan Kesihatan Daerah Dungun yang cedera akibat terjatuh selepas dikejar pesakit Covid-19 di Kampung Baru Serdang, Dungun semalam.

Kakitangan kesihatan cedera dikejar pesakit dengan cangkul. Seorang kakitangan Jabatan Kesihatan Dungun cedera selepas terjatuh ketika dikejar seorang pesakit Covid-19 dengan sebatang cangkul di Kampung Baru Serdang di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 12.15 tengah hari itu, mangsa yang merupakan Inspektor Kesihatan dikejar suspek berusia 40 tahun tersebut ketika berkunjung ke rumah lelaki itu.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, sebelum kejadian lelaki berusia 39 tahun telah diarahkan untuk melakukan penilaian kesihatan terhadap suspek.

Beliau berkata, lelaki yang positif Covid-19 itu dilaporkan telah melarikan diri dari Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) Bersepadu Stadium Negeri, Kuala Terengganu pada Isnin lalu.



“Sebaik sahaja mangsa memperkenalkan diri sebagai Inspektor Kesihatan, suspek yang bekerja sebagai buruh enggan memberi kerjasama.

“Dia tiba-tiba naik berang sebelum mengejar kakitangan kesihatan tersebut dengan sebatang cangkul. Mangsa yang ketakutan lari untuk menyelamatkan diri sebelum terjatuh,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Difahamkan, suspek yang sepatutnya menjalani kuarantin di PKRC Bersepadu Stadium Negeri Kuala Terengganu sehingga 6 September ini telah melarikan diri pada Isnin lalu.

Baharudin berkata, mangsa yang cedera pada bahagian bibir, dagu dan kedua-dua telapak tangan selain sumbing gigi bahagian atas akibat terjatuh kemudiannya dibawa ke Klinik Kesihatan Bukit Besi untuk menerima rawatan



Kakitangan kesihatan cedera dikejar pesakit dengan cangkul


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Ada hikmah tak dilantik dalam kabinet – Tok Mat



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker