Resepi sup ayam kampung ori

Resepi sup ayam kampung ori

Bagi penggemar hidangan berkuah, resepi sup ayam kampung perkongsian Rohana Abu Samah ini antara yang harus anda cuba. Jom lihat cara menyediakan dan bahan-bahan yang diperlukan.

BAHAN:

1 ekor ayam kampung
2 sudu besar minyak masak
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji pelaga
1 labu bawang besar dihiris
1 sudu besar rempah sup
1 sudu makan rempah kurma
Air secukupnya
3 biji kentang
Daun sup dan daun bawang
Bawang goreng
Garam secukup rasa

BAHAN KISAR:

10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
5 cm halia
2 sudu besar jintan manis
2 sudu besar jintan putih
1 sudu besar ketumbar
3 biji buah keras

CARA:

Panaskan minyak dan tumiskan, rempah tumis ( kulit kayu manis, bunga lawang, pelaga dan cengkih) dan bawang hingga harum dan garing.
Masukkan bahan kisar dan tumis lagi hingga garing dan terbit minyak.
Kemudian masukkan rempah sup dan kurma. Rempah boleh dicampurkan air untuk jadikan pes.
Tumis lagi hingga rempah garing. Jika pekat boleh masukkan sedikit air.
Apabila semua sudah garing masukkan ayam. Biarkan mereneh hingga ayam empuk. Kemudian masukkan kentang masak hingga kentang empuk.Akhir sekali masukkan garam. Resepi oleh Rohana Abu Samah

Jangan lupa mencuba resepi ini ini, dan kongsikan bersama rakan anda agar ia dapat dimanafaatkan bersama ya. Selamat mencuba!

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Resepi sup ayam kampung ori


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Resepi Sotong Cili Padi Petai

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker