Penyanyi Aliff Aziz Kehilangan Insan Tersayang

Penyanyi Aliff Aziz Kehilangan Insan Tersayang

DOAKAN semoga arwah nenda ditempatkan bersama hamba Allah beriman” Aliff Aziz kehilangan insan tersayang.

Salam takziah diucapkan buat selebriti popular Aliff Aziz dan keluarga yang telah kehilangan nenek tersayang.



Perkhabaran sedih itu dimaklumkan oleh Aliff menerusi akaun rasmi Instagramnya.

Nenek Aliff, Rahmah Ismail, 82, disahkan meninggal dunia di Singapura pada 23 Februari dan cukup meninggalkan kesan buat juara Gegarvaganza musim kelapan itu.

“Doakan semoga arwah nenda ditempatkan bersama hamba Allah beriman”

Malah Aliff juga menyatakan, Allahyarham neneknya merupakan seorang penyayang dan banyak berkhidmat membawa jemaah mengerjakan ibadah umrah dan haji ketika muda.



“Assalamualaikum kepada semua.

“Nenda saya Hjh Rahmah Binti Ismail telah kembali ke Rahmatullah.

“Saya selaku cucu yang pertama, berhajat kepada semua untuk sedekahkan Al-Fatihah kepadanya dan juga doakan semoga arwah nenda saya ditempatkan bersama hamba-hamba Allah yang beriman.

“Seorang yang sangat penyayang dan juga banyak berkhidmat membawa jemaah untuk ibadah Umrah dan Haji sewaktu beliau muda.



Semoga Baba Tenang Disana

“Alhamdulillah. Selamat jalan, Baba. Aliff doakan semoga Allah beri perlindungan di atas segala ketakutan dan dimakbulkan segala pengharapan Baba.

“Semoga Baba tenang disana. Ameen Ya Rabbal’alameen,” luah Aliff.

Ketika ini Aliff dan isteri Bella Astillah masih lagi menjalani kuarantin selepas pulang ke tanah air beberapa hari lalu daripada mengerjakan umrah sejak 9 Februari lalu.



Menerusi ruangan komen pula, para pengikut Aliff di Instagram turut mengucapkan salam takziah.-AA

Penyanyi Aliff Aziz Kehilangan Insan Tersayang

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Cecair Hitam, Busuk Keluar Daripada Paru-Paru Kanak-Kanak Positif COVID19

Dakwaan petunjuk baharu MH370

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker