Bagaimanapa Upin dan Ipin menjadi anak yatim, pengasas kartun animasi dedah kisah sebenar

CYBERJAYA: Setelah lebih 13 tahun dan memasuki 525 episod, rahsia sebenar kenapa watak popular animasi Upin dan Ipin menjadi anak yatim didedahkan  penciptanya.

Dua karakter utama kanak-kanak tersebut rupa-rupanya tanpa sengaja dicipta tiada ibu bapa kerana terpaksa mengejar ‘deadline’ atau tarikh akhir siaran yang sangat cepat pada ketika itu.

 Rahsia berkenaan dibongkarkan sendiri oleh pengasas dan Pengarah Urusan Les Copaque Production Sdn. Bhd., Burhanuddin Md. Radzi pada sesi sembang santai pagi di sini, semalam.



 “Masa itu, rancangan kartun ini cuma lima minit dan lebih berkisar suasana bulan Ramadan pada 2007 apabila ditayang di stesen TV9 serta perlu disiapkan pula episod Hari Raya Puasa.

“Bagaimanapun, ekoran kesuntukan masa yang agak terhad, watak ibu bapa kepada Upin dan Ipin tidak dapat diselit pula,” katanya sambil mengimbau asal kisah dua figura cilik tersebut.

Upin dan Ipin yang kini  memasuki 15 musim, asalnya direka hanya sebagai watak sampingan cadangan filem animasi Geng: Pengembaraan Bermula dicipta beliau pada 2005. Ia mendapat sentuhan skrip nukilan isterinya, Ainon Ariff dengan berlatar belakang kehidupan penduduk kampung di Malaysia serta mendapat inspirasi kejayaan siri Doraemon dari Jepun.

Musim pertama Upin dan Ipin yang menerima sambutan luar biasa itu membolehkan ia meraih kategori Animasi Terbaik di Festival Filem Antarabangsa Kuala Lumpur pada akhir 2007 lalu.



Mengulas lanjut, Burhanuddin yang pernah bertugas dalam bidang minyak dan gas sebelum 2004, turut mengakui pada mulanya Upin dan Ipin tidak dicipta untuk menjadi anak yatim piatu.

 “Namun situasi waktu itu menyebabkan watak orang tua mereka tidak dapat siap dan sebagai ganti, episod berikutnya dimulakan babak ziarah kubur ibu bapa si kembar tersebut,” katanya.

 Menariknya ujar beliau, idea adegan tambahan itu dicadangkan isterinya selaku Pengarah Kanan Kandungan bagi memaklumkan penonton yang Upin dan Ipin telah kematian ibu bapa.

Beliau turut berkongsi pengalaman bagaimana dirinya yang merupakan lulusan kejuruteraan petroleum dari Universiti Teknologi Malaysia boleh pula bertukar arah kepada bidang animasi.



Segalanya bermula pada 2005 lalu apabila tiga graduan Universiti Multimedia datang bertemu beliau serta meluahkan hasrat mahu menerbitkan karya animasi unik 100 peratus tempatan. Tertarik dengan kertas kerja mereka, beliau sanggup menjelajah ke Jepun, Perancis, Amerika Syarikat dan Korea Selatan untuk belajar bagaimana usaha pembuatan kandungan animasi.

“Memang pernah ada cita-cita saya untuk mewujudkan rancangan kartun kanak-kanak yang sarat elemen pendidikan tetapi cara penyampaian perlulah bersahaja,” tambah Burhanuddin.

Eksperimen beliau ternyata berjaya dengan Upin dan Ipin turut popular di luar negara malah ayat ringkas watak pasangan tersebut iaitu ‘Betul, Betul, Betul’ menjadi ajukan identiti program.

 Siri berbahasa Melayu itu turut disiarkan menerusi saluran penyiaran satelit global, Disney Channel Asia selain wadah penstriman popular antarabangsa, Netflix dan Disney+ Hotstar.



Bagaimanapa Upin dan Ipin menjadi anak yatim, pengasas kartun animasi dedah kisah sebenar


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Cecair Hitam, Busuk Keluar Daripada Paru-Paru Kanak-Kanak Positif COVID19



Dakwaan petunjuk baharu MH370

Encik Sajat kini wanita sah di Australia



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker