DAP cabar Syed Saddiq tanding PRN Johor

DAP cabar Syed Saddiq tanding PRN Johor

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng meminta Presiden MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bertanding dalam pilihan raya negeri (PRN) Johor.

Katanya, penyertaan Syed Saddiq perlu bagi menunjukkan beliau sebagai pemimpin, bukannya menyokong dari belakang.



“Saya lihat Syed Saddiq tak tanding. Kita harap beliau bertanding, tapi beliau tak tanding. Kita harap beliau boleh bertanding, tapi terpulang kepada kepimpinan MUDA.

“Seorang pemimpin harus memimpin usaha, bukan sahaja memenangi pilihan raya, memenangi hati rakyat, tetapi untuk memimpin agenda yang dibawa. Kita mesti memimpin dari depan, bukan dari belakang,” katanya selepas pengumuman calon DAP dan Pakatan Harapan di Johor hari ini.

Lim memberi contoh Ketua DAP Johor, Liew Chin Tong bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perling.

“Chin Tong enggan bertanding, tapi akhirnya bertanding atas arahan parti kerana kami sebut pemimpin kena pimpin dari depan, bukan dari belakang, itu sebab Chin Tong akhirnya akur arahan parti.”



Mengulas pertembungan calon MUDA dan PKR di DUN Larkin, Lim berharap dua parti itu berunding semula bagi memastikan tiada pertembungan.

“Saya masih optimis, kalau boleh cuba elak pertembungan, walaupun satu kerusi, jangan jadi macam Perikatan Nasional dan Barisan Nasional.”

BN dan PN akan bertanding di semua 56 kerusi, seperti dalam PRN Melaka, walaupun mereka adalah rakan sekutu di peringkat persekutuan. FMT

DAP cabar Syed Saddiq tanding PRN Johor




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Cecair Hitam, Busuk Keluar Daripada Paru-Paru Kanak-Kanak Positif COVID19



Dakwaan petunjuk baharu MH370

Encik Sajat kini wanita sah di Australia



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker