Cliff Umar enggan ulas dakwaan abai anak-anak

Cliff Umar enggan ulas dakwaan abai anak-anak

Penyanyi Cliff Umar, 39, enggan mengulas dakwaan bekas isteri berhubung isu nafkah anak-anak yang dikatakan gagal ditunaikan sejak sedekad lalu.

Cliff yang selesa dipanggil Boy mengambil pendekatan enggan mengaibkan bekas isteri dan lebih selesa memberi fokus kepada usaha mencari rezeki.



“Kalau saya perlu membuat kenyataan mengenai peribadi, saya akan meletakkan diri dalam situasi yang sama dengan pihak sana.

“Apabila saya letakkan diri dalam situasi pihak sana, adakah saya akan membuka aib dia?

“Perlukah saya berbuat begitu? Tak perlulah. Dia emak, dia mesti nak kejar sesuatu untuk anak-anaknya… Tak salah.

“Saya pun ada salah,” katanya pada sidang media Konsert Kolaboraci Three To Rock di Hard Rock Cafe di sini, hari ini.



Baru-baru ini, tular video TikTok yang antara lain memaparkan seorang wanita mendakwa bekas isteri Cliff, mendedahkan penyanyi itu mengabaikan nafkah anak-anak.

Wanita terbabit merayu Cliff bertanggungjawab ke atas anak-anak dalam aspek perbelanjaan.

Dalam perkongsian itu, wanita terbabit mendakwa terpaksa meminta pertolongan mendapatkan kediaman, malah, Cliff dikatakan tidak mengendahkan anak-anak ketika sakit.

Ditanya mengenai jalan penyelesaian, Cliff berkata, pembabitannya dalam Konsert Kolaboraci Three To Rock yang akan dipentaskan di SMESCO Convention Hall, Jakarta, Indonesia pada 25 November depan menjadi salah satu usahanya.



“Saya cuba dan mana ada peluang untuk saya terbabit, saya akan masuk. Tak senang main muzik di sini, anda semua pun tahu.

“Saya naik dan turun, keluar televisyen (TV) kejap, tapi mana hak saya dalam industri selepas lebih 20 tahun, tiada orang kenal pun.

“Sebab saya tak kejar semua itu, saya tak kejar populariti,” katanya.

Sehubungan itu, juara program realiti Gegar Vaganza (GV) musim ketujuh itu mengaku kurang senang apabila kes peribadi kembali digembar-gemburkan.



“Saya sudah sampai tahap bosan, ada lagi ke? Bosanlah dengar.

“Apabila saya keluarkan lagu, tiada orang sibuk. Saya sudah berpuluh tahun tulis lagu, tiada pula orang pertikai apabila saya keluar lagu baharu,” katanya. BH

Cliff Umar enggan ulas dakwaan abai anak-anak


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nelayan dakwa dihina dengan perkataan ‘Melayu bodoh, otak udang’

Kembar Najib dan Mahathir



Tayang gambar penyanyi K-Pop depan Kaabah (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker