Jambatan runtuh di Raub, lori terjunam pemandu cedera

Keadaan lori dipandu mangsa terjunam dalam kejadian jambatan runtuh di jalan lama Bentong-Raub, pada Selasa.

RAUB – Sebuah lori membawa surat khabar terperangkap dalam kejadian jambatan runtuh di jalan lama Bentong-Raub, dekat pekan Tranum di sini pada Selasa.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, pemandu lori, Chia Kein Bong, 30, mengalami kecederaan dan dihantar ke Hospital Bentong untuk menerima rawatan.

Ketua Polis Daerah Raub, Superintendan Kama Azural Mohamed berkata, kejadian jambatan runtuh itu berlaku dipercayai akibat hujan lebat sejak tengah malam Isnin hingga awal pagi Selasa.

Menurutnya, akibat kejadian, laluan tersebut ditutup di kedua-dua arah kepada semua jenis kenderaan.



Berdasarkan info Jabatan Kerja Raya (JKR) Raub, kejadian runtuhan jambatan Sungai Teras itu melibatkan kawasan sepanjang 20 meter dengan tinggi runtuhan kira-kira lima meter.

Jambatan runtuh di Raub, lori terjunam pemandu cedera


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Rumah Kampung di Bota berusia lebih 100 tahun dialih ke Alor Setar

Pesawat MAS Mendarat Sewaktu Taufan Eunice Melanda UK (Video)



Ogy belasah Nazief, viral sehingga ke Rusia (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker