Pencapaian Harimau Muda di B-23 AFF mengecewakan!

HARIMAU Muda mengakhiri saingan Kejuaraan B-23 AFF 2023 di kedudukan keempat selepas tewas kepada Thailand dalam perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat di Stadium Rayong Provincial, Thailand pada Sabtu.

Perlawanan terpaksa ditentukan menerusi sepakan penalti selepas aksi 90 minit berkesudahan tanpa jaringan dan Thailand lebih unggul dengan kemenangan 4-3.

Keputusan itu sekali gus mengulangi pencapaian yang telah dilakukan pada edisi 2005 juga di Thailand.



Separuh masa pertama berlangsung seimbang dengan peluang terbaik Thailand hadir menerusi Phanthamit Praphanth pada minit ke-23, namun percubaannya dihalang penjaga gol negara, Azim Al Amin.

Giliran Harimau Muda menguji kekebalan Thailand menerusi Fergus Tierney di penghujung babak pertama selepas menerima hantaran Alif Ikmalrizal tetapi diselamatkan penjaga gol, Thirawooth Sraunson.

Kedua-dua pasukan meningkatkan tempo permainan pada separuh masa kedua dan Thirawoot sekali lagi bertindak cemerlang menafikan percubaan Muhamad Umar Hakeem Suhar Rezwan pada minit ke-46.

Peluang demi peluang terus dicipta kedua-dua pasukan namun gagal menembusi gawang untuk mengheret perlawanan ke penentuan penalti.



Syahir Bashah dan Muhammad Abu Khalil gagal menyempurnakan sepakan penalti untuk Harimau Muda sekali gus memberikan kemenangan kepada pasukan tuan rumah.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Jumpa kamu di alam lain Nad – Sharifah Sakinah

Aliff Syukri bengang pasal Ira dan Puteri Sarah



Berzina dengan ibu kandung

Saya tahu masalah Nad – Marsha Milan



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker