Bekas isteri Cliff Umar gigih besarkan tiga anak OKU

Bekas isteri Cliff Umar gigih besarkan tiga anak OKU

Bekas isteri penyanyi Cliff Umar iaitu Zurini Hasbullah, 43, memaklumkan sesi pembukaan sekolah, kehadiran Ramadan dan diikuti Syawal April ini memberi kesan besar terhadap kehidupannya.

Menurutnya, dalam keadaan kesihatannya yang tidak menentu, dia yang tidak bekerja dan bergaji tetap perlu memikirkan persiapan sekolah dan Hari Raya bagi tiga anaknya yang dikategorikan Orang Kurang Upaya (OKU).



“Kos sara hidup sekarang semakin tinggi. Anak-anak pula semua makin membesar dan pakaian mereka semua mahal.

“Jadi saya hanya mampu belikan seorang sepasang sahaja buat masa ini. Kasut anak sulung, Alief memang terpaksa beli di bundle sebab tiada saiz 42 dewasa. Jenuh cari satu Kuching tak jumpa.

“Paling minima pun sepasang kasut seorang RM50. Baju sepasang RM50 ke RM70. Jadi mana yang dapat ‘recycle’ itu saya buatlah. Selalunya memang setiap kali lepas pakai kena cuci dan jemur terus,” katanya kepada Harian Metro.

Zurini berkata, pakaian sukan anak sulungnya juga terpaksa dibeli di bundle, selain peralatan alat tulis juga direcyle sekiranya boleh dipakai lagi.



“Saya kena fikirkan yuran lagi untuk mereka. Memang banyak la pakai duit untuk bulan ini. Kali pertama beli RM300. Kali kedua pun belanja RM300 juga. Itu belum termasuk kos lain,” katanya.

Sebelum ini dilaporkan Zurini yang bercerai dengan Cliff pada 2019 mengambil tanggungjawab sebagai ibu dan bapa anak-anaknya sejak 10 tahun lalu.

Zurini yang juga bekas pramugari Penerbangan Malaysia dan AirAsia kini menghasilkan serta menjual beg jahitan sebagai sumber pendapatannya. HM

Bekas isteri Cliff Umar gigih besarkan tiga anak OKU



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Saya Bukan Punca Diana Fail Cerai Terhadap Farid – Ahirine



Jangan Biarkan Mereka Menjatuhkan Maruah Jawi – Puteri Sarah

Kalau bayar fidyah tak perlu ganti puasa ke?



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker