Saravanan nafi akan dipanggil SPRM

Saravanan nafi akan dipanggil SPRM

Bekas menteri sumber manusia M Saravanan menafikan spekulasi bahawa beliau akan dipanggil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membantu kes pengubahan wang haram melibatkan ahli perniagaan bergelar “Datuk”.

“Ia (hanya) khabar angin, jadi mengapa saya perlu melayannya? Biarkan sahaja,” kata Saravanan apabila ditanya sama ada beliau telah dipanggil oleh SPRM.



Semalam, media melaporkan bahawa SPRM akan memanggil seorang bekas menteri untuk memudahkan siasatannya terhadap urusan ahli perniagaan itu.

Terdahulu, FMT melaporkan Abdul Malik Dasthigeer, atau lebih dikenali sebagai “Dato Malik”, telah ditahan oleh SPRM.

Sumber yang rapat dengan individu itu berkata, dia ditahan awal pagi ini di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (Amla).

Sumber dari SPRM turut mengesahkan perkara itu, sambil berkata Malik sedang disoal siasat oleh pegawai agensi antirasuah itu



Malik ialah pengasas dan pengerusi Malik Group of Companies, yang terdiri daripada Malik Streams Corporation Sdn Bhd, Malik Maju Sdn Bhd, Malik Streams Properties Sdn Bhd, Malik Streams Antenna Movies Sdn Bhd, dan Malik Streams Production & Distribution.

Beliau dikenali kerana membawa masuk artis dari India untuk membuat persembahan konsert Tamil di Malaysia.

Sumber yang rapat dengan Malik berkata dia dijangka dibebaskan dengan ikat jamin hari ini.

Gambar Saravanan bersama Malik yang dikongsi secara meluas telah mencetuskan khabar angin bahawa SPRM akan memanggil bekas menteri itu untuk disoal siasat.



Bagaimanapun, Saravanan berkata adalah bukan satu jenayah bagi mana-mana ahli perniagaan untuk bergambar dengannya, sama seperti ramai orang lain ketika dia keluar di khalayak ramai. FMT

Saravanan nafi akan dipanggil SPRM

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Penyanyi bertudung didakwa amal sihir

Raja Ilya Diperli Dah Tak Ada Job Sampai Kena Rakam Gambar Mandi (Video)



Saya tapau nasi vanggey dua dengan teh o ais untuk Dr Malar – Bell Ngasri

Tuntut Keadilan Selepas Dakwa Dipukul Johor Military Force (JMF)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker