Erdogan hubungi Anwar bincang perang Palestin-Israel

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau dan Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan telah berbincang mengenai perkembangan semasa peperangan membabitkan Palestin dan Israel.

Dalam ciapan melalui aplikasi X, lewat malam tadi, Perdana Menteri berkata, beliau menerima panggilan telefon daripada Erdogan.

“Saya sempat bercakap dengan Presiden Erdogan, sebentar tadi. Kami menyentuh mengenai perkembangan terkini melibatkan Palestin dan Israel,” katanya dalam satu hantaran ringkas.



Semalam, Anwar dilapor menegaskan, Malaysia kekal bersolidariti dengan perjuangan rakyat Palestin.

Perdana Menteri dipetik berkata, masyarakat antarabangsa berterusan mengambil tindakan berat sebelah terkait segala bentuk kekejaman serta penindasan terhadap rakyat Palestin, termasuk rampasan tanah dan harta milik rakyat Palestin yang dilakukan rejim Zionis tanpa henti.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

GV10: Kak Lina ‘behave’ pada minggu ketiga

Putera Mateen, Dayang Anisha bakal berkahwin Januari 2024



Aishah nak cari lelaki berduit?

Pengarah JSJ Bukit Aman ‘basuh’ semua KBSJD, “jangan sanggup jual nyawa rakan sendiri” [VIDEO]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker