Helikopter bertembung: Sambutan ulang tahun ke-90 TLDM dibatalkan

Helikopter bertembung: Sambutan ulang tahun ke-90 TLDM dibatalkan

Sambutan ulang tahun ke-90 Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dibatalkan susulan kejadian dua helikopternya berlanggar dan terhempas di Pangkalan TLDM Lumut, Perak, pagi tadi.

Menteri Pertahanan, Khaled Nordin, berkata keputusan itu mendapat perkenan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua TLDM.



“Kita akan batalkan, ganti dengan majlis bacaan doa selamat dan tahlil Jumaat ini,” katanya pada sidang media di Pangkalan TLDM Lumut Perak.

Dalam kejadian kira-kira 9 pagi, Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139) dan Helikopter Fennec milik TLDM dilaporkan berlanggar sebelum terhempas, mengorbankan 10 kru kapal.

Mangsa terkorban ialah empat kru dan tiga penumpang menaiki pesawat HOM, iaitu Pegawai Memerintah Skuadron 503 Muhammad Firdaus Ramli, dan Wan Rezaudeen Kamal Wan Zainal Abidin

Mohammad Amirulfaris Mohamad Marzukhi; Muhammad Faisol Tamadun; Noorfarahimi Mohd Saedy, Noor Rahiza Anuar dan Joanna Felicia Rohna.



Tiga kru menaiki Fennec yang turut terkorban terdiri Pegawai Memerintah Skuadron 502 Muhamad Amir Mohamad; T Sivasutan dan Mohd Shahrizan Mohd Termizi.

Difahamkan, kedua-dua helikopter itu yang berlepas dari Padang Sitiawan pada 9.03 pagi tadi bertembung semasa latihan lintas hormat sempena Hari TLDM ke-90.

Helikopter HOM itu dilaporkan terhempas di Stadium TLDM, manakala FENNEC terhempas di kolam renang Kompleks Sukan TLDM. FMT

Helikopter bertembung: Sambutan ulang tahun ke-90 TLDM dibatalkan



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sheriff pecah rekod, sailang Mat Kilau



Aliff Aziz dengan Sarah Yasmine pulak?

‘Anak ikan’ resah



Sebab Syasya tinggalkan Dolla

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker