Jurang ketidaksamaan pendapatan dibawah PH adalah fakta dari jabatan kerajaan – Najib

PETALING JAYA: Bekas perdana menteri Najib Razak membidas kritikan berhubung kenyataannya bahawa ketidaksamaan pendapatan menjadi meluas bawah pentadbiran Pakatan Harapan (PH).

Najib, yang membangkitkan isu itu semasa debat dengan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim baru-baru ini, memetik data daripada Jabatan Perangkaan untuk menunjukkan peningkatan pekali Gini semasa PH memerintah.

“Saya tidak buat dakwaan palsu atau berita palsu,” katanya di Facebook.



Najib menjawab dakwaan bahawa beliau membuat tuntutan palsu berhubung perkara itu kerana statistik Bank Dunia hanya menyediakan data hingga 2015.

Beliau bagaimanapun berkata, Jabatan Perangkaan menyediakan data hingga 2019.

“Seperti yang anda dapat lihat, pekali Gini Malaysia mengalami penurunan paling ketara dalam sejarah semasa saya menjadi perdana menteri, jatuh daripada 44.1 kepada 39.9,” katanya.

Beliau berkata, semasa pentadbirannya, pendapatan isi rumah B40 dan M40 mengalami pertumbuhan tahunan lebih tinggi berbanding T20 berikutan dasar yang diperkenalkan pada masa itu dan pengembangan pelbagai program untuk pekerjaan dan perniagaan kecil.



Pengenalan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), katanya, menyumbang lagi kepada pertumbuhan positif pendapatan isi rumah B40 dan M40 apabila individu lebih kaya berdepan peningkatan cukai lebih banyak semakin mereka berbelanja untuk barangan tidak dikecualikan.

“Kesamaan pendapatan bertambah baik pada kadar terpantasnya pada masa ini, mengeluarkan jutaan rakyat Malaysia daripada kemiskinan tegar,” katanya.

“Namun ia meningkat semula pada 2019 apabila banyak dasar ini dimansuhkan kerajaan PH.”

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bill Gates ramal dunia dilanda pandemik baharu 20 tahun lagi



Najib bidas Kit Siang, balun Mahathir, cakap tidak serupa bikin

Pejuang umum akan ‘perangi’ semua kerusi Bersatu dalam PRU-15



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker