Rakyat China rayu bantuan makanan semasa perintah berkurung Covid-19

Sukarelawan memakai sut perlindungan diri ketika menyembur cecair pembasmi kuman pada kotak yang mengandungi makanan untuk diedarkan kepada penduduk di Pudong, Shanghai pada 15 April 2022. – AFP

BEIJING – Sebilangan penduduk yang dikenakan perintah berkurung di beberapa kawasan di seluruh China mengadu bahawa mereka berdepan kekurangan bekalan makanan dan  barangan keperluan harian, lapor Badan Penyiaran Britain (BBC) semalam.

Berpuluh-puluh juta penduduk di sekurang-kurangnya 30 wilayah di negara itu dikenakan sekatan Covid-19 dan diarah  untuk kekal berada di rumah.

“Sudah 15 hari (perintah berkurung dikenakan). Kami kehabisan tepung, beras dan telur.

“Beberapa hari lalu, kami kehabisan susu untuk anak-anak,” kata seorang penduduk wilayah Xinjiang,  barat China.



Dasar sifar Covid China menyebabkan pihak berkuasa terpaksa bergelut untuk melaksanakan perintah berkurung yang ketat meskipun hanya sedikit kes yang  dicatatkan.

Semalam negara itu hanya mencatatkan 949 kes baharu Covid-19.

Di Xinjiang, perintah berkurung selama beberapa minggu yang  dikuatkuasakan di Wilayah Autonomi Ili Kazakh, dekat  sempadan Kazakhstan, membuatkan penduduk yang terdesak merayu meminta bantuan di media sosial.

Di  ibu negeri Ili, Yining, dokumen yang dikongsikan secara online memaparkan lebih 300 permintaan kecemasan  bagi bekalan makanan, ubat dan tuala wanita tersebar meluas.



“Saya sudah kehabisan wang untuk membeli bekalan. Isteri saya hamil dan kami mempunyai dua anak.

“Kami kehabisan gas memasak dan isteri saya perlu melakukan pemeriksaan perubatan,” kata seorang penduduk.

Sementara itu, di Guizhou, pihak berkuasa melaksanakan perintah berkurung di kawasan ibu kota wilayah itu tanpa sebarang amaran, menyebabkan 500,000 penduduk terkandas di rumah tanpa sempat membuat persiapan.

Lif-lif dilaporkan tidak berfungsi bagi menghalang penduduk meninggalkan rumah, lapor akhbar The Guardian.



“Kami tidak boleh membeli bekalan secara online kerana perkhidmatan penghantaran tidak boleh dilakukan selain pasar raya ditutup.

“Adakah pemerintah menganggap kami seperti haiwan atau mereka mahu kami mati?” kata seorang pengguna di laman media sosial Weibo.  – AGENSI

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tengku Hassanal tolong angkat skrol jatuh ketika istiadat (Video)



Masjid Noori Berusia 120 Tahun Muncul Semula Selepas Tiga Dekad Tenggelam [VIDEO]

Ustazah Asma Tak Tahan Dikecam Berterusan Tanpa Sebab (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker