Polis cari Syafiq Raj bantu siasatan kes bunuh

Polis cari Syafiq Raj bantu siasatan kes bunuh

Melaka: Polis sedang mengesan seorang lelaki warga tempatan berusia 27 tahun bagi membantu siasatan berhubung kes bunuh pesara yang disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit dalam kenyataannya berkata, suspek dikenali sebagai Syafiq Raj Kalai Selvan yang beralamat terakhir di Lorong Belatuk 1, Taman Bersatu, Nibong Tebal, Pulau Pinang.



“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung suspek diminta berhubung terus dengan Inspektor Ahmad Nazam Md Shah di talian 012-7221913.

“Maklumat juga boleh disalurkan dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah di 06-2842222 atau balai polis berhampiran,” katanya

Christopher berkata, pihaknya menerima laporan daripada anak mangsa bahawa bapanya dilanggar sebuah Perodua Axia pada 27 Februari lalu kerana menegur dua lelaki yang berada dalam kenderaan itu untuk memperlahankan radio dibuka kuat.

Menurutnya, mangsa kemudian dirawat di Hospital Melaka sebelum disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah.



“Risikan Bahagian Siasatan Jenayah IPD Melaka Tengah dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka membawa kepada penangkapan salah seorang suspek di Ayer Keroh serta merampas telefon bimbit dan pakaian yang dipakai semasa kejadian.

“Bagaimanapun seorang lagi suspek melarikan diri dan sedang giat dikesan,” katanya. HM

Polis cari Syafiq Raj bantu siasatan kes bunuh

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Hattan ‘sound’ Syamsul ke?

Rosyam buka cerita Aaron Aziz ‘kena buang’ Syamsul



Giliran Shaarnaz buka mulut mengenai Aaron Aziz dan Syamsul



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker