Fizz Fairuz sedih dengan industri hiburan Malaysia

Fizz Fairuz sedih dengan industri hiburan Malaysia

Pelakon, Datuk Fizz Fairuz, antara selebriti yang turut memberi respon berhubung isu klip video aksi ‘panas’ dalam drama Perempuan Itu yang tular di media sosial, baru-baru ini.

Perkara tersebut dikongsikan pelakon filem popular Munafik itu menerusi entri Instagram miliknya.

Menurut Fizz, dia berharap isu yang berlaku berkenaan dapat memberi pengajaran buat semua.

“Bila tidak dijaga beginilah. Kadang-kadang sedih dengan industri ini…dua tahun Allah uji.

“Kita mulakan dengan perkara baharu, bukan perkara baharu macam ini. Adoi, keluar di televisyen atau tidak, kita ada adab kot.

“Jangan syok sendiri. Harap pengajaran buat semua. Menteri Agama Islam Malaysia pun dah bersuara. Harap ada lah sikit tindakan,” katanya.

Menjengah perkongsian di Instastory pula, Fizz turut meluahkan rasa hairan babak berkenaan boleh dikeluarkan.

Sedangkan babak seperti itu menerusi naskhah yang lain, akan dikenakan tindakan oleh pihak tertentu malah digam stesen televisyen.

“Aku tidak faham, babak bercumbu macam itu boleh lepas, sedangkan orang lain buat babak seperti itu kena tindakan.

“Sampai kena gam dengan stesen… tapi adab itu entah kemana, main sedap sahaja…

“Agak-agak lah.. tahulah tengah ‘in’.. ke yang lain tututp mata, semata-mata nak tular. Haha,” coretnya di Instastory. K Online

Fizz Fairuz sedih dengan industri hiburan Malaysia


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


TERKINI: Komando GGK patahkan cubaan ‘pengganas’ tawan stesen MRT Cheras

Finalis Ratu Cantik Dikritik Kerana Posting Rasis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker