Draf akhir perjanjian gabungan tak lama lagi – Zambry

Draf akhir perjanjian gabungan tak lama lagi – Zambry

Draf akhir perjanjian gabungan antara parti dalam kerajaan perpaduan akan siap tidak lama lagi, kata Menteri Luar Zambry Abd Kadir.

Zambry berkata, beberapa perbincangan diadakan berkaitan perjanjian itu dan ia akan ditandatangani semua parti terlibat tidak lama lagi.

“Adalah amat penting perjanjian gabungan ini untuk semua parti politik bersama sebagai satu pasukan, ia amat penting.

“Kita perlu menjaga setiap rakan dalam kerajaan gabungan ini,” katanya dalam sidang media.

Zambry yang setiausaha agung Barisan Nasional (BN) berkata, perjanjian itu akan ditandatangani selepas semua parti terlibat berpeluang untuk meneliti kandungan dokumen tersebut.

Beliau enggan mendedahkan kandungan perjanjian itu tetapi berkata ia akan diberitahu kelak.

Kerajaan perpaduan dianggota Pakatan Harapan, BN, Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Ia diketuai Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang turut mendapat sokongan Ahli Parlimen daripada Muda, Warisan, Parti Bangsa Malaysia (PBM), Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) dan dua bebas. FMT

Draf akhir perjanjian gabungan tak lama lagi – Zambry


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Suruhanjaya Siasatan Diraja perlu ditubuhkan siasat perbelanjaan RM600 billion Muhyiddin Yassin

Myvi RM25,000: Magik Rafizi ‘Si Raja Formula’ yang ditunggu-tunggu rakyat

Ogy bakal berkahwin

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker