Jutaan ringgit bertaruh semata -mata judi Piala Dunia

SHAH ALAM – Kegiatan judi dalam talian bola sepak Piala Dunia Qatar 2022 dikesan beroperasi dengan nilai pertaruhan mencecah jutaan ringgit.

Mendedahkan perkara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, dua laman web popular untuk aktiviti pertaruhan telah dikenal pasti iaitu ‘sbobet’ dan ‘ibcbet’ yang dipercayai diwujudkan di Malaysia.

Menurutnya, kedua-dua laman web itu menawarkan pelbagai jenis judi yang terdiri daripada sukan, kelab bola sepak, permainan nombor, loteri, kasino dan perjudian bola sepak Piala Dunia.

“Siasatan Polis Selangor mendapati pemilik laman web ini akan beri kepada kenalan rapat untuk dijadikan second layer (lapisan kedua) dengan perjanjian komisen kepada pemilik atasan. Second layer ini kemudian akan beri kepada third layer (lapisan ketiga) juga dengan perjanjian komisen sehingga menjadi beberapa lapisan ke bawah.

“Lapisan-lapisan ini kita klasifikasikan sebagai sindiket kategori big (besar), medium (sederhana) atau small (kecil).

“Lapisan ini akan cipta laman web yang berlainan seperti winbox, nova88, bet365, ultra88 dan lain-lain. Jadi, jumlah sindiket akan berubah-ubah dan sekiranya laman web ini telah dikesan, maka pemiliknya akan menukarkan kepada nama lain,” katanya kepada Sinar Harian.

Arjunaidi berkata, nilai pertaruhan satu perlawanan biasanya boleh mencecah puluhan juta ringgit.

Katanya, modus operandi sindiket itu adalah dengan memberikan kata kunci dan kata laluan kepada kaki judi.

“Mereka yang terbabit dalam pertaruhan atau judi ini memadai hanya memiliki komputer riba dan telefon bimbit untuk mengakses laman web terbabit.

“Pemain hanya perlu memuat turun aplikasi tertentu sebelum mendaftar dan bertaruh,” katanya.

Tambah Arjunaidi, sejak kempen bola sepak Piala Dunia 2022 bermula 19 hingga 30 November lalu, polis Selangor melakukan 46 serbuan Op Soga membabitkan 54 tangkapan termasuk seorang wanita dengan nilai rampasan wang tunai berjumlah RM257,077.

“Rampasan peralatan terdiri daripada komputer, komputer riba serta telefon bimbit,” jelasnya.

Sementara itu, Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, bookie terlibat hanya membuka akaun pertaruhan kepada pelanggan yang dikenali dengan memberi sejumlah had limit kredit RM1,000 hingga RM1,000,000 manakala sekiranya pertaruhan adalah daripada individu tidak dikenali, pertaruhan adalah secara tunai.

Kata beliau, jumlah itu berdasarkan rekod tangkapan dan serbuan Op Soga yang dijalankan Polis Johor menerusi Op Soga bermula 19 hingga akhir November.

“Polis Johor telah menjalankan 34 serbuan dengan tangkapan 34 suspek warga tempatan selain rampasan wang tunai berjumlah RM32,082 dan nilai kredit RM2.9 juta.

“Pelbagai barang turut dirampas antaranya komputer, modem wifi, buku catatan pertaruhan serta kad SIM,” katanya.

Ujar Kamarul Zaman, sindiket bookie itu dikesan bergerak aktif di kawasan restoran yang mempunyai ramai pelanggan dan menayangkan siaran secara langsung perlawanan bola sepak Piala Dunia.

“Ini bagi menarik pelanggan menonton perlawanan Piala Dunia sambil membuat pertaruhan,” katanya.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Suruhanjaya Siasatan Diraja perlu ditubuhkan siasat perbelanjaan RM600 billion Muhyiddin Yassin

Myvi RM25,000: Magik Rafizi ‘Si Raja Formula’ yang ditunggu-tunggu rakyat

Ogy bakal berkahwin

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker