RUU mansuh hukuman mati mandatori, Dewan Negara sah luluskan

 

KUALA LUMPUR – Rang Undang-Undang Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 yang diluluskan Dewan Negara pada Selasa tidak akan memberi kesan kepada peningkatan kes-kes jenayah berat.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Ramkarpal Singh berkata, kadar jenayah tidak hanya bergantung kepada hukuman berat semata-mata, malah tiada kajian menunjukkan hukuman mati sebagai langkah pencegahan jenayah yang terbaik.

“Malah sebelum ini satu jawatankuasa yang diketuai bekas Ketua Hakim Negara sudah pun membuat kajian mengenai perkara ini dan mendapati kesan pencegahan tidak seperti yang dikatakan. Terdapat banyak faktor yang boleh mempengaruhi kadar berlakunya jenayah seperti aspek ekonomi, sosial dan psikologi.

“Kadar jenayah juga adalah bergantung pada keberkesanan penguatkuasaan undang-undang, kefahaman orang ramai mengenai kesan jenayah dan juga peluang untuk melakukan sesuatu jenayah itu,” katanya ketika menggulung perbahasan rang undang-undang itu di Dewan Negara di sini pada Selasa.

Rang Undang-undang Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 diluluskan tanpa pindaan dengan lebih suara bersetuju selepas dibahaskan 17 Senator.

Ramkarpal berkata, Rang Undang-undang itu adalah suatu akta omnibus kerana merangkumi pindaan kepada Kanun Keseksaan, Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971, Akta Senjata 1960, Akta Penculikan 1961, Akta Dadah Berbahaya 1952, Akta Perdagangan Strategik 2010 dan Kanun Tatacara Jenayah.

Dewan Negara pada Selasa turut meluluskan Rang Undang-undang Semakan Hukuman Mati dan Pemenjaraan Sepanjang Hayat (Bidang Kuasa Sementara Mahkamah Persekutuan) 2023 dengan lebih suara bersetuju selepas ia dibahaskan 12 Senator.

Rang undang-undang itu bertujuan mengadakan peruntukan bagi bidang kuasa penyemakan sementara Mahkamah Persekutuan untuk mengkaji semula hukuman mati dan pemenjaraan sepanjang hayat yang dijatuhkan terhadap orang yang disabitkan berikutan pemansuhan hukuman mati mandatori. – Bernama

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Cerai kerana anak – Syamsul Yusof

Najib boleh mohon ampun, walaupun ada lagi tiga kes dalam perbicaraan

Dalai Lama minta budak cium dan hisap lidah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker