Anwar ketengahkan isu Palestin pada sidang kemuncak ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC) di Riyadh

Anwar ketengahkan isu Palestin pada sidang kemuncak ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC) di Riyadh

RIYADH: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tiba di sini, lewat semalam bagi menghadiri Sidang Kemuncak Pertama ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC), turut mempunyai jadual yang padat sepanjang lawatan dua hari.

Beliau dijadual menyampaikan ucapan yang antaranya mengetengahkan konflik semasa Israel-Palestin pada sidang kemuncak sulung ASEAN-GCC di Hotel Ritz-Carlton, di sini, pagi ini.



Malaysia selaku penyelaras ASEAN bagi Sidang Kemuncak ASEAN-GCC, ucapan Perdana Menteri pastinya menyentuh usaha memperkukuhkan lagi jalinan kerjasama antara kedua-dua pertubuhan serantau itu.

Perdana Menteri turut menggunakan kesempatan ASEAN-GCC dengan dijadual mengadakan sekurang-kurangnya tiga perjumpaan bilateral dengan ketua negara blok GCC, yang menjurus langkah meningkatkan lagi hubungan dua hala serta menyentuh isu terkini yang melanda kedua-dua rantau.

Mengikut jadual lawatan yang diedarkan Wisma Putra kepada media Malaysia di sini, Anwar akan menunaikan solat Jumaat di Masjid Besar Riyadh, di sini.

Pada sebelah petang pula, Perdana Menteri dan delegasi Malaysia akan menghadiri majlis ramah mesra dengan rakyat Malaysia di Arab Saudi, bertempat di Hotel Al-Faisaliah, di sini.



Ia disusuli dengan sesi wawancara Perdana Menteri dengan sebuah media tempatan di Riyadh.

Pada sebelah malam, Perdana Menteri dijadual mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Agung Liga Islam Sedunia, Dr Muhammad bin Abdulkarim Al-Issa.

Pada hari kedua esok, Perdana Menteri akan mengadakan pertemuan dengan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) ARAMCO, Amin H Nasser, diikuti wawancara dengan media Al-Arabiya Channel.

Ini disusuli dengan beberapa lagi pertemuan dengan kapten industri dan firma gergasi Arab Saudi.



Perdana Menteri turut dijadual menghadap Perdana Menteri Arab Saudi, Putera Mahkota Mohammed bin Salman, dan pertemuan empat mata ini dijangka bagi membincangkan lebih lanjut isu Palestin dan hubungan dua hala Malaysia-Arab Saudi.

Arab Saudi ialah rakan dagangan terbesar Malaysia dalam kalangan negara Asia Barat dengan nilai perdagangan dua hala berjumlah AS$10.26 bilion direkodkan pada 2022, peningkatan 159.2 peratus berbanding 2021.

Antara projek terkemuka Arab Saudi di Malaysia ialah Kompleks Bersepadu Pengerang di Johor melalui syarikat ARAMCO.

GCC adalah pakatan politik dan ekonomi yang dibentuk oleh Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, Bahrain, Oman, Qatar dan Kuwait.



ASEAN dan GCC menjalin hubungan pada 1990 susulan hasrat blok negara-negara teluk itu mewujudkan hubungan rasmi dengan rantau Asia Tenggara.

Kedua-dua blok serantau itu kemudian mengadakan mesyuarat sulung di peringkat menteri pada 2009.

Semua enam negara anggota GCC juga sudah menyertai pakatan tidak agresif ASEAN iaitu Perjanjian Persahabatan dan Kerjasama di Asia Tenggara (TAC). BH

Anwar ketengahkan isu Palestin pada sidang kemuncak ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC) di Riyadh



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pelakon Kacak Didakwa Hamilkan Wanita



Wanna Ali berduet dengan bapa tiri

Azmi tak ambil hati gurauan Jihan dan Nabil

Roslan Madun menangis lihat pergaduhan keluarga ND Lala (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker