Jerebu, kualiti udara merosot

Jerebu, kualiti udara merosot

Kualiti udara terus merosot dengan jumlah lokasi mencatat Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat kini mencecah sembilan kawasan di Semenanjung Malaysia.

Hasil pencerapan Jabatan Alam Sekitar (JAS) mendapati setakat jam tiga petang tadi, Larkin di Johor mencatat IPU tidak sihat tertinggi dengan bacaan 156.



Ini diikuti Bukit Rambai, Melaka (152); Nilai, Negeri Sembilan (151); Port Dickson, Negeri Sembilan (143); Cheras, Kuala Lumpur (123); Batu Pahat, Johor (123); Seberang Jaya, Pulau Pinang (117); Banting, Selangor (114); dan Bandaraya Melaka , Melaka (109).

Sebanyak 49 kawasan pula mencatat bacaan IPU sederhana (bawah 100) dengan didahului Putrajaya (96), Pelabuhan Klang (94) dan Petaling Jaya (94).

Bacaan IPU antara 0 hingga 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).

Orang ramai boleh melayari laman web http://apims.doe.gov.my/v2/ untuk maklumat lanjut berhubung bacaan IPU semasa.



Terdahulu, media melaporkan sejumlah 353 titik panas dikesan di Kalimantan dan 113 lagi di Sumatera, Indonesia, yang dijangka mengakibatkan jerebu di beberapa negara selatan ASEAN.

Ketua Pengarah Meteorologi Malaysia (METMalaysia), Muhammad Helmi Abdullah, dipetik berkata trajektori asap jerebu dari Kalimantan akan memberi kesan terhadap beberapa negeri di timur Malaysia, dan ia dijangka berlangsung selama beberapa hari bermula semalam. BH

Jerebu, kualiti udara merosot

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dr Syazwani ‘superhero’ dalam pesawat Turkish Airlines, banggakan negara

Jasmin Hamid pakai Proton Wira, dah miskin ke?



Meerqeen, Ameera Khan dating di Paris? (Video)

13 sebab mahkamah tak patut gugur pertuduhan Muhyiddin



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker