Zambry wakil PM ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-EU

Zambry wakil PM ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-EU

Menteri Luar Negeri, Senator Datuk Seri Zambry Abd Kadir akan mewakili Perdana Menteri mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN- Kesatuan Eropah (EU) di Brussels, Belgium pada 14 Disember ini.

Wisma Putra dalam kenyataan hari ini berkata, Zambry akan diiringi oleh pegawai-pegawai kanan daripada Kementerian Luar Negeri ke sidang kemuncak tersebut yang akan membuka tirai Rabu ini.



“Sidang Kemuncak Peringatan yang julung kali diadakan ini melibatkan para pemimpin Negara-Negara Anggota ASEAN dan Kesatuan Eropah.

“Sidang Kemuncak berkenaan dijangka akan membincangkan hala tuju hubungan dialog ASEAN-EU serta kerjasama politik-keselamatan, ekonomi dan sosio-budaya, perubahan iklim, keselamatan makanan dan pembangunan mampan,” kata Wisma Putra.

Tambah kenyataan itu lagi, esok, Zambry dijadualkan menghadiri C-Suite Luncheon anjuran Majlis Perniagaan Kesatuan Eropah-ASEAN bagi sesi libat urus bersama pemimpin-pemimpin perniagaan di Eropah.

Ujar Wisma Putra, beliau akan diiringi oleh Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Liew Chin Tong dan pegawai-pegawai kanan kementerian itu.



Wisma Putra juga memberitahu bahawa di sela-sela Sidang Kemuncak Peringatan, Malaysia dan EU dijadualkan menandatangani Perjanjian Rangka Kerja Perkongsian dan Kerjasama.

“Perjanjian terbabit menyasarkan untuk meningkatkan kerjasama dalam pelbagai bidang termasuk hubungan politik, perdagangan dan pelaburan, tenaga, pengangkutan, pertanian, kewangan dan maritim.

“Zambry turut dijadualkan mengadakan mesyuarat dengan rakan-rakan sejawat dari ASEAN dan Kesatuan Eropah untuk bertukar-tukar pandangan mengenai pelbagai isu dua hala, serantau dan antarabangsa yang berkepentingan bersama.

“Penyertaan Malaysia ke Sidang Kemuncak Peringatan ini mencerminkan komitmen Malaysia untuk memperkukuhkan hubungan dialog ASEAN-Kesatuan Eropah.



“Ia juga merupakan peluang untuk Malaysia berkongsi pandangan mengenai isu-isu berkepentingan strategik dan Zambry juga akan menghoskan majlis makan malam untuk rakyat Malaysia di Belgium,” kata kenyataan Wisma Putra lagi. MG

Zambry wakil PM ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-EU


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




‘Content’ melampau! Sebagai mentor Raja Viral, Pak Nil kesal

Muhyiddin geram! Tindakan akan diambil kepada bekas Ahli Parlimen Bersatu Sabah



Bersatu akan tetap ‘mati’ di Sabah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker