Ketua Pengarah JPA Shafiq Abdullah dipecat – sumber

Ketua Pengarah JPA Shafiq Abdullah dipecat – sumber

Kerajaan dipercayai menamatkan perkhidmatan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Shafiq Abdullah berkuatkuasa hari ini.

Menurut sumber, tindakan itu diambil atas nasihat lembaga disiplin yang membuat keputusan sebelum pilihan raya umum ke-15.



“Bagaimanapun, kerajaan sebelum ini menunggu pilihan raya tamat sebelum membuat keputusan,” kata sumber kepada FMT.

Satu gambar surat pemecatan itu, dipercayai dikeluarkan kepada Shafiq turut disiarkan di satu halaman Facebook hari ini oleh satu kumpulan yang dikenali sebagai penyokong Pakatan Harapan.

Surat itu menyatakan perkhidmatan Shafiq ditamatkan demi kepentingan awam di bawah peraturan 49(3) Peraturan-peraturan pegawai awam (kelakuan dan tatatertib) 1983 dan peraturan 10(5)(d) Akta Pencen.

FMT tidak dapat mengesahkan keaslian surat berkenaan.



Dalam komen yang diletakkan bersama gambar itu, kumpulan itu menuduh Shafiq mengancam pegawai kerajaan untuk menutup mulut mereka, menaikkan pangkat pegawai sesuka hati dan pilih kasih dan memecat sesiapa tanpa sebab. Kumpulan itu juga menuduh perdana menteri ketika itu Ismail Sabri Yaakob menutup sebelah mata dengan sikap Shafiq.

Shafiq sebelum ini terbabit dengan satu kontroversi selepas seorang pegawai imigresen mengadu Shafiq mengherdiknya ditempat awam. Satu jawatankuasa tertinggi kemudiannya ditubuhkan untuk menjalankan siasatan.

Namun, tidak dipastikan tindakan terhadap Shafiq itu mempunyai kaitan dengan insiden tersebut. Satu aduan rasmi difailkan oleh Jabatan Imigresen yang kemudiannya disusuli satu siasatan yang diarahkan oleh Ketua Setiausaha Negara Malaysia Mohd Zuki ALi.

Panel siasatan diketuai Peguam Negara Idrus Harun dan dianggotai Ketua Polis Negara, Acryl Sani Abdullah Sani, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Azam Baki dan Ketua Audit Negara, Nik Azman Nik Abdul.



Cadangan daripada jawatankuasa itu dibuat pada Oktober tetapi tiada maklumat mengenai keputusan tersebut.

Shafiq adalah ketua pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam, agensi persekutuan untuk menguruskan pelbagai perkhidmatan awam negara.

Beliau adalah ketua setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia sebelum dilantik mengetuai JPA pada Februari lalu. FMT

Ketua Pengarah JPA Shafiq Abdullah dipecat – sumber




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


‘Content’ melampau! Sebagai mentor Raja Viral, Pak Nil kesal



Muhyiddin geram! Tindakan akan diambil kepada bekas Ahli Parlimen Bersatu Sabah

Bersatu akan tetap ‘mati’ di Sabah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker