3 cedera terjatuh dari ‘sotong ride’ (Video)

3 cedera terjatuh dari ‘sotong ride’ (Video)

Tiga pengunjung termasuk seorang kanak-kanak cedera selepas dilaporkan terjatuh daripada salah satu permainan taman tema dalam kejadian di Eco Grandeur, Bandar Puncak Alam, malam tadi.

Ketua Polis Kuala Selangor, Ramli Kasa, berkata polis menerima maklumat mengenai kejadian itu pada 8.50 malam.



Jelas beliau, ketiga-tiga mangsa yang cedera itu terdiri dua wanita dan seorang kanak-kanak.

“Mangsa dilaporkan terjatuh dari permainan dikenali sebagai ‘Sotong Ride’ ketika sedang berpusing.

“Seorang mangsa iaitu wanita cedera parah, manakala dua lagi tidak dipastikan keadaan mereka,” katanya menurut Berita Harian.

Berikutan itu, Ramli berkata, semua mangsa dibawa ke Hospital Shah Alam untuk rawatan lanjut.



“Tiga ambulans dan sebuah jentera bomba dkejarkan ke tempat kejadian.

“Siasatan masih dijalankan mengikut Seksyen 6 Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan Negeri Selangor 1995, iaitu beroperasi tanpa lesen,” katanya.

Terdahulu, beberapa video dan gambar mengenai kejadian itu tular di laman sosial. FMT

[videopress TySRGKVT]

3 cedera terjatuh dari ‘sotong ride’ (Video)




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


‘Content’ melampau! Sebagai mentor Raja Viral, Pak Nil kesal



Muhyiddin geram! Tindakan akan diambil kepada bekas Ahli Parlimen Bersatu Sabah

Bersatu akan tetap ‘mati’ di Sabah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker