Pencarum menangis rayu keluar i-Citra RM10,000

Pencarum menangis rayu keluar i-Citra RM10,000

Pencarum menangis dan merayu memohon kerajaan membenarkan pengeluaran i-Citra terakhir sebanyak RM10,000 dari simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kerana mereka sudah terdesak.

Menerusi perkongsian Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki di laman Instagramnya, memaparkan kisah seorang lelaki memohon agar beliau bertindak segera memohon pihak kerajaan agar memberi peluang sekali lagi kepada setiap pencarum untuk mengeluarkan wang simpanan mereka menerusi i-Citra.



Menurut lelaki tersebut, dia mempunyai komitmen yang tinggi temasuklah menampung perbelanjaan anaknya di universiti dan amat memerlukan wang tersebut ketika ini.

“Saya ada banyak komitmen, dan disebabkan masalah Covid-19 sejak hampir dua tahun lalu, saya dah lalui macam-macam masalah.

“Nak tunggu hari tua, kita belum pasti lagi masih hidup nanti, duit itu duit saya, saya perlukan,” katanya.

Sementara itu, menerusi kapsyen yang dimuat naik oleh Asyraf, beliau memaklumkan dirinya disapa oleh lelaki itu ketika singgah makan di sebuah restoran di Johor.



“Ketika singgah makan di sebuah restoran di Johor Bahru, saya disapa oleh seorang pemuda yang begitu emosional merintih betapa perlunya untuk mengeluarkan wang simpanannya di KWSP.

“Sememangnya di mana saya pergi, pasti ramai yang tegur dan meletakkan harapan tinggi untuk pihak kami terus memperjuangkan nasib mereka untuk disuarakan bahawa mereka amat-amat memerlukan RM10,000,” ujarnya. K Online

Pencarum menangis rayu keluar i-Citra RM10,000


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU</a


Suspek samun, tikam pemandu Grab diberkas (Video)

GV bukan ‘apak’ saya punya – Ramli MS



Perlu bantuan: Bapa tak mampu tampung kos ubat anak RM66,000 setahun



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker