JPM nafi 3 Februari jadi cuti am Hari Wilayah Persekutuan

JPM nafi 3 Februari jadi cuti am Hari Wilayah Persekutuan

Jabatan Perdana Menteri (JPM) menafikan maklumat yang tular menerusi media sosial konon 3 Februari depan diisytiharkan hari kelepasan am Wilayah Persekutuan.

Sebaliknya, pihak JPM melalui kenyataan hari ini menegaskan bahawa maklumat yang tertera dalam tangkap layar disebarkan menerusi aplikasi Whatsapp tersebut adalah tidak benar.



“Orang ramai dinasihatkan tidak menyebar atau berkongsi sebarang maklumat yang boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat,” kata JPM dalam akaun Facebooknya.

Ia turut merujuk pertanyaan daripada pelbagai pihak mengenai hebahan tular tersebut yang menggunakan tajuk Akta Hari Kelepasan 1951 Pemberitahuan Di Bawah Subseksyen 9(2).

Berdasarkan tangkap layar dimuat naik JPM, pekeliling palsu itu mendakwa konon Khamis minggu depan sebagai cuti Hari Wilayah Persekutuan 2022 yang dianjak daripada 1 Februari.

Ini susulan tarikh berkenaan secara kebetulan jatuh pada sambutan Tahun Baharu Cina yang akan diikuti keesokan pada 2 Februari kecuali bagi Kelantan dan Terengganu hanya sehari.



Hari Wilayah Persekutuan disambut warga Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan setiap tahun pada 1 Februari sejak 1974 lalu dengan tema tahun ini ialah Wilayah Maju dan Sejahtera. K Online

JPM nafi 3 Februari jadi cuti am Hari Wilayah Persekutuan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a




Suspek samun, tikam pemandu Grab diberkas (Video)

GV bukan ‘apak’ saya punya – Ramli MS



Perlu bantuan: Bapa tak mampu tampung kos ubat anak RM66,000 setahun

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker