Mukhriz ajar Anwar, gantikan UMNO dengan PN dalam Kerajaan Perpaduan

Pejuang mencadangkan Perikatan Nasional (PN) menjadi sebahagian kerajaan perpaduan, menggantikan Umno yang didakwa menjadi duri dalam daging kepada pelbagai masalah dalam negara.

Presidennya Mukhriz Mahathir berkata jika gabungan pimpinan Muhyiddin Yassin itu enggan berbuat demikian, PN dan PH boleh mempertimbangkan memeterai perjanjian kepercayaan dan perbekalan (CSA) untuk memastikan pentadbiran negara berjalan lancar.

“Kalau boleh adakan satu perjanjian supaya mereka (PN) tidak ambil ahli Parlimen Umno, kemudian PN boleh buat CSA dengan PH atau sertai kerajaan perpaduan, gantikan Umno yang mewakili orang Melayu.



“Masalah selesai, sudah tentu akan ada perbezaan antara PH dan PN tetapi kalau boleh diketepikan lakukan demi kebaikan dan masa depan negara,” katanya pada sidang media.

Menurut Mukhriz, ketidakstabilan politik kini berpunca daripada Umno yang menimbulkan pelbagai isu terbaharu membabitkan keputusan melepaskan tanpa membebaskan presidennya Zahid Hamidi atas 47 pertuduhan membabitkan kes Yayasan Akalbudi.

“Saya cadangkan kerajaan perpaduan ‘singkirkan’ Umno yang hanya ada 26 ahli Parlimen, gugurkan mereka, ada lagi 118 kerusi, termasuk (Ahli Parlimen Muar) Syed Saddiq (Syed Abdul Rahman).

“Masih cukup untuk Anwar dan kerajaan perpaduan mentadbir,” katanya.



Namun kata Mukhriz, PN mesti dihalang daripada mengambil Ahli Parlimen Umno yang dibimbangi bakal ‘menjangkiti’ komponen itu dan mungkin menimbulkan pelbagai masalah lain.

Merujuk keputusan Mahkamah Tinggi membabitkan kes Zahid pada 4 Sept lalu, Mukhriz yang juga bekas Ahli Parlimen Jerlun mendakwa tidak mustahil lama kelamaan bekas perdana menteri Najib Razak juga bakal ‘dibebaskan’.

“Isu ini beri kesan tak baik di mata negara luar,” katanya.

Najib disabitkan bersalah pada Julai 2020 atas tuduhan salah guna kuasa, pengubahan wang dan pecah amanah membabitkan RM42 juta dana SRC International.



Bekas presiden Umno itu mula menjalani hukuman penjara 12 tahun pada 23 Ogos 2022, selepas Mahkamah Rayuan menolak rayuannya, disusuli Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman asal.

April lalu, Setiausaha Agung Umno Asyraf Wajdi Dusuki berkata Umno meminta Yang di-Pertuan Agong mempertimbangkan pengampunan diraja kepada Najib mengikut Perkara 42(1) Perlembagaan Persekutuan.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

MP Ketereh merungut sedekah kematian pakai duit sendiri

Aku sondol laki orang sampai naik pelamin (Video)



Mat Saleh bengang Malaysia ‘rosakkan’ deria rasanya (Video)

Mondy dakwa Ebit Lew kotor



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker